Wednesday, April 1, 2015

Caunselling Awareness Outreaching Programme (CARE) Jeli

Program “CARE” telah diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli pada 18 dan 19 Mac 2015. Program ini terbuka kepada semua mahasiswa dari  Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli. Program ini dianjurkan oleh kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) di bawah kendalian Exco Komuniti. CARE pada kali ini bertemakan inventori kerjaya. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan sillaturahim antara mahasiswa dan ahli PRS serta membantu para pelajar mengetahui kerjaya yang bersesuaian dengan diri mereka berdasarkan inventori yang telah disediakan oleh PRS.
Kesimpulannya, program dapat memberikan input yang berguna dan bermanfaat buat para pelajar dan juga ahli kelab Pembimbing Rakan Siswa itu sendiri.Semoga pengalaman ini mampu menjadikan para pelajar dan ahli kelab Pembimbing Rakan Siswa yang baru lebih menghargai peluang dan ilmu diperolehi untuk manfaat bersama.
"Together We Are One"

CARE berlangsung selama dua hari.

Ahli-ahli PRS yang meluangkan masa untuk menjaga booth CARE.

Pengunjung dalam kalangan pelajar yang mencub inventori kerjaya.