Wednesday, March 22, 2017

PROGAM MOTIVASI LAWATAN SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI SENOK


PROGAM MOTIVASI LAWATAN SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI SENOK 

20 FEBRUARI 2017



BARISAN KAUNSELOR, FASILITATOR DAN GURU-GURU SERTA PARA PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SK PANTAI SENOK


Pada 20 Februari 2016, Pihak Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota telah menerima kunjungan daripada Sekolah Kebangsaan Pantai Senok dan Pembimbing Rakan Siswa (PRS) telah ditugaskan untuk menyambut kedatangan sekolah tersebut. Pihak PRS telah melantik beberapa orang fasilitator yang terdiri daripada Tahun 1 dan 2 untuk mengendalikan program tersebut dimana ianya melibatkan Program Lawatan Motivasi yang terdiri daripada pelajar-pelajar pendidikan khas SK Pantai Senok. Beberapa buah modul telah dijalankan sewaktu menerima kunjungan daripada sekolah antaranya ialah puzzle kenderaan dan aktiviti mewarna. Program ini bukan sahaja mengenai lawatan ke Universiti semata-mata tetatpi program ini juga memberikan semangat dan suntikan kepada para pelajar untuk lebih bersemangat dalam menuntut ilmu. 




MODUL: AKTIVITI MEWARNA



LATIHAN DALAM KUMPULAN BERSAMA PARA PELAJAR

'AKTIVITI PUZZLE KENDERAAN' BERSAMA FASILITATOR

KENANGAN BERGAMBAR BERSAMA PARA PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SK PANTAI SENOK

PEMBERIAN IKHLAS SAGU HATI DARIPADA PIHAK UMK





Wednesday, March 8, 2017

MY LEAD SMK BAROH PIAL

16 dan 17 Februari 2017
Barisan peserta dan fasilitator
      Program ini berlangsung di Min House Camp, Kubang Kerian. Program ini melibatkan seramai 10 orang fasilitator daripada Kampus Pengkalan Chepa 5 orang dan 5 orang daripada Kampus Bachok. Program ini berlansung pada 16 dan 17 Februari melibatkan seramai 61 orang pelajar daripada exco exco asrama SMK Baroh Pial. Pengetua SMK Baroh Pial, Pn Hajjah Zarina Binti Mat Ripin turut meluangkan masa beliau untuk bersama-sama pelajarnya sepanjang kem ini. 
    Kem ini bertemakan Kem Ketenteraan yang diterajui oleh En Azry iaitu Kaunselor Kampus Bachok. Tema ini dipilih bagi menerapkan disiplin yang tinggi dalam kalangan exco-exco asrama memandangkan mereka merupakan tulang belakang kepada asrama sekolah mereka. Sebanyak 5 modul telah berjaya dijalankan sepanjang program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam. Antara modul yang telah dijalankan ialah ice breaking, bom beracun, Tentera Malaysia VS Penjajah, Negaraku dan First Impression. Aktiviti luar seperti Explorace dan sukaneka turut dilangsungkan supaya lebih mencabar dan menyeronokkan.

Peserta berkumpul di dewan 


LDK "Malaysia VS Penjajah"

Aktivi luar

Solat Hajat & Bacaan Yaasin berjemaah

Explore Race
En Azry dan Pn Hajjah Zarina(pengetua SMK Baroh Pial)

Aktiviti luar: Sukaneka