Friday, February 28, 2014

MESYUARAT BULANAN DAN PERLANTIKAN EXCO TERTINGGI PRS

Bertempat di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli,21 Februari 2014 telah berlangsungnya mesyuarat bulanan PRS. Mesyuarat ini merupakan aktiviti wajib yang dilakukan setiap bulan dan dihadiri oleh semua ahli PRS termasuk Majlis Tertinggi PRS dan dipantau oleh Pegawai Psikologi UMK.

          Objektif utama PRS UMK menjalankan mesyuarat bulanan ini adalah bertujuan untuk membincangkan isu-isu berbangkit disamping merancang dan penambahbaikan sesuatu program untuk masa hadapan. Mesyuarat ini juga penting supaya program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar bagi memastikan misi dan visi program tercapai. 

Untuk mengukuhkan lagi institusi PRS, Majlis Tertinggi tidak alpa memainkan peranan mereka dalam menasihati dan membuat teguran  kepada  ahli-ahli  PRS yang lain agar semua ahli PRS dapat bergerak seiring dalam merancang program-program yang bermanfaat kepada mahasiswa UMK disamping mengeratkan ukhwah sesama ahli.

      Dalam masa yang sama agenda mesyuarat ini turut  diteruskan  dengan Perlantikan Exco Tertinggi  PRS  UMK Kampus Jeli  antaranya seperti Exco PRS Komuniti, Exco PRS Publisiti, dan Exco PRS Latihan dan Pembangunan Insaniah.Selepas majlis perlantikan, ketua-ketua exco bersama ahli-ahlinya membuat perbincangan dan menyatakan cadangan untuk aktiviti yang bakal dijalankan.

PRS UMK kini, memandang kehadapan dengan meniti satu objektif iaitu mementingkan kualiti 
dari mencari-cari program yang gah.

Exco PRS Komuniti

Exco PRS Latihan dan Pembangunan Insaniah

Exco PRS Publisiti







Wednesday, February 26, 2014

CARE 2 (Counselling Awareness Outreaching Programme)

Program ini telah dijalankan pada 9 dan 10 Disember 2013 yang lalu bertempat di UMK Kampus Jeli.

Program CARE merupakan program berterusan terutama bagi EXCO PRS Komuniti,PRS UMK dan slot kedua,juga merupakan slot terakhir bagi tahun 2013 iaitu "INVENTORI GAYA MENGATASI KONFLIK".Inventori ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya seseorang menghadapi dan menyelesaikan sesuatu masalah seterusnya memperbaik sahsiah individu.

Alhamdulillah,program ini telah berjalan dengan jayanya serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar dan staf UMK.Pelajar-pelajar memberi respon yang baik bahawa program seperti ini dapat membantu mereka untuk lebih  mengenali personaliti masing-masing.Diharapkan agar slot-slot yang akan datang bakal mendapat sambutan yang lebih hangat daripada mahasiswa/i UMK.
Lensa CARE di UMK Jeli:-



                                                                         Hari Pertama



                                                                         Hari Kedua

Tuesday, February 25, 2014

HARI KELUARGA (family day) 2013

HARI KELUARGA (family day)

      Pada 14 Disember 2013 bersamaan 10 Safar 1435 Hijrah bertempat di  UMK Kampus Bachok telah berlangsung Hari Keluarga Pembimbing Rakan Siswa (PRS) dengan jayanya. Misi kali ini adalah untuk menyimpul kasih  hubungan persaudaraan agar lebih mesra serta mewujudkan sifat  kekeluargaan pada setiap diri individu. Dengan bertemakan ‘ Fun and Enjoy , Stay Gold ‘, PRS Kampus Jeli , Kampus Bachok dan Kampus Kota telah digandingkan bersama-sama untuk memeriahkan program ini.

     Pelbagai aktiviti menarik sepanjang program ini berlangsung . Program dimulakan dengan pembahagian kumpulan , dirancakkan lagi dengan permainan mengikat kaki sambil berkain pelekat serta mengisi air ke dalam botol secara ekstrem . Melalui program ini , gelak tawa ahli-ahli PRS dari ketiga-tiga kampus menghidupkan lagi semangat kekeluargaan selain bersukan . Aktiviti -aktiviti ini juga dapat memberikan inspirasi kepada kami untuk berdaya saing secara sihat antara satu sama lain. Bersyukur kepada Maha Pencipta kerana izin-Nya program ini dapat berjalan dengan lancar.


     





Tahniah , syabas serta sekalung penghargaan kepada semua Pegawai Unit Kaunseling Kerjaya dan Alumni UMK, Pengarah Program, AJK Program, serta semua ahli PRS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang program ini dilaksanakan. Sentiasa mengingati ayat keramat dari senior yang dihormati    ' Sayangi PRS serta isi-isinya ' . TOGETHER WE ARE ONE..

Monday, February 24, 2014

EXPOSURE 2013

Program EXPOSURE merupakan sebuah program anjuran  Unit Rundingcara Kaunseling Dan Kemajuan Kerjaya Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama Ahli Kelab Pembimbing Rakan Siswa UMK sebagai fasilitator program. Program yang dijalankan secara serentak di ketiga-tiga buah kampus ini telah melibatkan semua mahasiswa tahun satu Universiti Malaysia Kelantan. 

Pada sesi pertama, program dimulakan dengan ucapan daripada Pegawai Kaunseling bagi setiap kampus dengan memberi pendedahan tentang peranan Unit Rundingcara Kaunseling Dan Kemajuan Kerjaya di UMK. Seterusnya, mahasiswa turut didedahkan mengenai cabaran kehidupan yang perlu ditangani oleh mahasiswa malah kaedah belajar yang terbaik ketika di alam universiti. 

Dalam masa yang sama, para peserta dapat menjalinkan ukhuwah sesama mereka dengan fasilitator serta dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dengan perlaksanaan modul aktiviti pada sesi kedua. Modul aktiviti yang dilaksanakan merangkumi aktiviti ‘ice breaking’, aspek kepimpinan serta motivasi yang mampu membakar semangat para peserta untuk berjuang di UMK pada landasan yang betul. Sesungguhnya program ini memberi impak yang positif bukan sahaja kepada mahasiswa UMK malah kepada para fasilitiator sendiri. 
Lensa EXPOSURE di UMK Kampus Jeli- Sesi 1 (Mahasiswa Fakulti Sains Bumi)



Sesi Ceramah daripada Kaunselor

Latihan Dalam Kumpulan










Mahasiswa Fakulti Sains Bumi 

Lensa EXPOSURE di UMK Kampus Jeli- Sesi 2 (Mahasiswa Fakulti Industri Asas Tani )


sesi soal jawab bersama kaunselor








Mahasiswa Fakulti Industri Asas Tani

Sebahagian Daripada Fasilitator kelab PRS UMK yang menjayakan program

TOGETHER WE ARE ONE :)





Tuesday, February 18, 2014

PROGRAM SINAR HARAPAN 2014

Program Sinar Harapan 2014  adalah satu program yang dirangka  untuk memberi bimbingan dan motivasi kepada kumpulan anak-anak yatim sebagai platform untuk mereka membina semangat dalam diri dan membentuk peribadi mulia disamping memupuk keyakinan diri sebagai persiapan menuju kejayaan. Selain itu, program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dengan penghayatan ilmu pengetahuan, agama, tanggungjawab serta membentuk keyakinan diri para pelajar dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar. Sepanjang program ini berlansung, peserta akan diperkukuhkan lagi dengan nilai-nilai cintakan ilmu, penghayatan kepada agama, tanggungjawab kepada diri dan sekitar dan yang paling penting stuktur latihan untuk program ini dirangka untuk memberi motivasi dan meningkatkan semangat buat mereka untuk belajar dan berjaya selari dengan tema program ini “Menitip Harapan, Menyinar Senyuman”. Stuktur latihan yang dibina melalui program ini juga mengandungi elemen pembinaan keyakinan diri dimana ini dapat sedikit sebanyak membina keyakinan diri mereka untuk berhadapan dengan masyarakat luar. Memberi  satu gambaran bahawa masyarakat khususnya golongan mahasiswa mengambil tahu tentang kondisi mereka dan mereka bukan keseorangan. Selain itu, menerusi kursus yang dirangka khas, mereka juga akan diterapkan dengan 9 aspek utama nilai murni untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian dalam membentuk insan yang berkeperibadian mulia dan syumul. Memberi ruang buat siswa-siswi UMK untuk berbakti kepada golongan anak-anak yatim ini dan sekali gus semoga dengan program ini, dapat mengukir senyuman diwajah anak-anak ini.

OBJEKTIF
Membentuk generasi muda siswa-siswi yang mempunyai jati diri yang kental serta memahami hasrat kerajaan membina masyarakat Malaysia yang saling menghormati dan menyayangi tanpa mengira peringkat usia dan latar belakang.

Menjadikan Program Sinar Harapan 2014 ini sebagai  salah satu bentuk keusahawanan sosial yang  cuba diterapkan kepada mahasiwa/i UMK terlibat.
Memberi pengalaman dan pengetahuan berharga kepada anak-anakyatim  yang menyertai program ini kerana ia sangat bermanfaat untuk pengembangan peribadi mahupun pada proses belajar dan mengajar yang efektif.
Memberi peluang kepada ahli PRS UMK untuk belajar secara lansung mengenai cara urus tadbir sesuatu program luar bilik kuliah dan dapat membantu dalam pengaplikasian kemahiran insaniah pelajar.
Disamping itu, program sebegini adalah untuk membantu penghuni rumah kebajikan dan rumah jagaan yang  kurang berkemampuan serta memberi pendedahan mengenai kepentingan pelajaran kepada mereka untuk mengharungi cabaran masa hadapan dengan jayanya.

Salah satu medium pendekatan baru yang mendekatkan golongan mahasiswa dan golongan anak-anak yatim ini.

Selain itu, program ini distrukturkan untuk meningkatkan tahap keyakinan diri peserta apabila berhadapan dengan khalayak ramai.

Memupuk nilai-nilai murni seperti nilai kecintaan tehadap ilmu dalam diri setiap peserta supaya mereka mencintai ilmu dan sekali gus mencipta kejayaan dalam pelajaran agar apabila mereka keluar kepada masyarakat mereka akan tidak dipandang rendah oleh orang lain.

Disamping itu, program ini diadakan adalah kerana ingin memberi mereka satu harapan bahawa masyarakat kini amat mengambil berat tentang mereka dan semoga program ini dapat mengukir sanyuman diwajah mereka sekaligus supaya dengan kehadiran mahasiswa/i UMK ini dapat mengisi kekosongan yang ada dalam diri mereka.

PELAKSANAAN
Tempat     : Pondok Moden Jeli
Tarikh      : 20 – 22 Mac 2014 (Khamis – Sabtu)
Penyertaan/penglibatan/sasaran :
1.1.1        15 orang PRS Universiti Malaysia Kelantan

1.1.2          80 orang peserta terdiri daripada penghuni rumah jagaan anak-anak yatim sekitar Kelantan.


" Bantu kami dengan menaja untuk program ini"
TERIMA KASIH