Wednesday, April 1, 2015

MY LEAD SMK Tendong

Berlangsung pada 26-28 March 2015 yang lepas adalah program MY LEAD yang bertempat SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan. Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu disertai oleh para pelajar SMK Tendong dari Tingkatan 4, 5 dan 6 yang memegang jawatan sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, SPBT serta ketua dan penolong ketua kelas. Tujuan MY LEAD atau kursus kepimpinan ini adalah untuk membina kesedaran dalam diri para pelajar ini yang bertugas sebagai pemimpin dalam kawasan sekolah untuk amanah serta bertanggungjawab atas kuasa yang diberikan. Program ini disertai oleh sejumlah 100 orang para pelajar.

Pelbagai aktiviti motivasi yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung antaranya adalah Semua Atas Satu, Malam Kebudayaan, Pengantin Zombi serta Ciptaan Logo & Pulau. Kesemua program yang dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan motivasi dalam diri serta menanam kesedaran terhadap amanah yang digalas.


Hari pendaftaran peserta

Ucapan oleh salah seorang guru SMK Tendong.

Slot motivasi oleh Pegawai Psikologi UMK Bachok Encik Azry.

LDK Ciptaan Logo & Pulau membina kemahiran bercakap di hadapan orang ramai.



Semua Atas Satu adalah dimana para peserta harus meletakkan 14 batang paku diatas sebatang paku tanpa jatuh atau mengenai lantai.

Pengantin zombi bertujuan untuk membina keyakinan dalam diri untuk berdepan dengan orang tanpa rasa malu.

Para peserta yang sangat berdisiplin dan mematuhi arahan. Korang memang sporting!

Fasilitator bergambar bersama peserta wanita pada hari terakhir program.


Peserta bergambar bersama fasilitator.

Gelagat para fasilitator pada hari terakhir program sebelum berpisah. Sempat bergurau dengan peserta.