Saturday, April 7, 2012

Lawatan SK Bukit Jering Ke UMK Jeli

Pada 4 April 2012 yang lepas, seramai 22 orang pelajar bersama 8 orang guru dari SK Bukit Jering, Dabong, Kelantan telah berkunjung ke UMK cawangan Jeli. Tujuan lawatan sehari ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar terhadap dunia luar dan cara berkomunikasi dengan orang ramai. 22orang pelajar yang dibawa ialah para pelajar yang terdiri daripada pelajar kelainan upaya (OKU). Seramai 14 orang ahli PRS telah terlibat secara langsung di bawah bimbingan Cik Asyikah dalam menjayakan program ini.

Kami telah membawa pelajar serta guru-guru melawat sekitar UMK Jeli. Termasuklah blik kuliah, bilik pensyarah, serta makmal-makmal yang ada di umk Jeli. Seterusnya, kami menyediakan beberapa modul untuk para pelajar untuk mengisi masa mereka. Banyak benda baru yang dipelajari oleh ahli PRS sepanjang menguruskan program ini. Ternyata, ianya tidak semudah yang disangka. Namun, Alhamdullilah, semua nya berjalan dengan baik.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan SK Bukit Jering ke UMK Jeli. InsyaAllah, ini tidak akan berhenti disini sahaja. 

Sedikit memori yang dapat kami rakamkan sepanjang program berlangsung.














EXCO PENERBITAN DAN PUBLISITI