Thursday, April 16, 2015

MY LEAD SK JERAM TEKOH



Bertarikh 28.3.2015 telah berjalannya program My Lead SK. JeramTekoh. Program selama 3 hari 2 malam ini merupakan program kem pimpinan muda. Selaras dengan itu, program ini mengutamakan pemimpin-peminpin di SK. Tekoh. Program ini disertai oleh pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, ketua dan penolong ketua kelas iaitu seramai 86 pelajar. Objektif program ini adalah untuk mencungkil bakat kepimpinan di dalam diri pelajar di samping membentuk jati diri mereka. Di samping itu juga, program ini amat menitik-beratkan kerjasama di kalangan pelajar. Program ini telah berjalan dengan lancar apabila wujudnya persefahaman dan sifat bertoleransi sesama peserta kursus.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah ‘success ball’ , ‘pen dan marker’ dan ‘surat khabar ku surat khabar mu jua’. Kesmua LDK yang dijalankan amat mengutamakan kerjasama dan akal fikiran yang kritis. Disamping itu juga, LDK yang dijalankan akan menguji sifat kepimpinan dalam diri pelajar.

Antara aktiviti yang dijalankan :