Thursday, April 16, 2015

TIME FOR US




Pada 28.2.1015 telah diadakan Time For Us bertempat di teniat kampus Jeli . Seramai 30 orang ahli PRS yang rata-rata nya terdiri dari ahli PRS tahun 1 dan tahun 2 telah berjaya menghadirkan diri bagi menyertai program ini . Aktiviti ini dijalankan dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari. Program Time For Us kali ini dikendalikan oleh beberapa ahli PRS tahun 2.  Sasaran program ini adalah ahli PRS tahun 1 dan tahun 2 . Ini tidak lain dan tidak bukan untuk merapatkan jurang di antara ahli PRS itu sendiri. Bak kata pepatah, ‘tak kenal maka tak cinta’. Selain itu, Time For Us merupakan aktiviti wajib bagi ahli PRS. Ini adalah kerana kami mempercayai hubungan yang kukuh antara ahli PRS haruslah di jaga dan dipelihara agar PRS dapat berdiri sebagai kelab yang mampu memberi bantuan dan sumbangan kepada mahasiwa dan mahasiswi yang lain.Selain itu juga, kami yakin dengan adanya Time For Us  ianya mampu mengeratkan hubungan antara satu sama yang lain.

Dalam Time For Us kali ini, kami lebih memfokuskan untuk membina modul-modul baru yang berunsurkan ilmiah mahupun santai. Ini adalah untuk memudahkan pergerakan ahli PRS di masa hadapan. Kami juga berhasrat untuk mewujudkan ‘Bank Modul’ dimana modul-modul yang dirasakan berguna dan yang mampu memberi impak kepada peserta dikumpulkan dan disimpan.