Saturday, April 11, 2015

MY LEAD SMK BUKIT JAWA



Pada 26 hingga 28 Mac 2015, telah berlangsungnya program MY LEAD SMK Bukit Jawa, Yang bertempat di D'Muara Resort, Tok Bali, Kelantan. Program yang dijalankan selama tiga hari dua malam ini telah disertai seramai 125 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan 3, 4 dan 5 yang memegang jawatan di sekolah sebagai pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas dan lain-lain. Program My Lead ini bertujuan untuk mengasah bakat kepimpinan para pelajar disamping memberi kesedaran pada para pelajar tentang tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada mereka.

Pelbagai Jenis aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut, bertujuan untuk memotivasikan para pelajar. Antara aktiviti tersebut adalah, 'Bendera Kumpulan', 'Surat khabarku, Surat khabarmu Jua', 'Explorace', 'Water Bender', 'Pressure Leader', 'Perkongsian bersama fasi', Kunang-kunang, Wink-wink' dan 'Pemimpin Hebat'.

Pembahagian kumpulan para pelajar

Penciptaan dan pembentangan bendera kumpulan



LDK "Surat Khabarku, Surat Khabarmu Jua"


Aktiviti Explorace yang mencabar fizikal dan mental pelajar


LDK Pressure Leader yang menguji kecekapan seorang ketua


Santai Petang ditepi pantai sambil mendengar perkongsian bersama fasi

Ilmu ditimba, pengalaman tercipta. Berakhirlah Program MY LEAD Smk Bukit Jawa :)