Wednesday, March 18, 2015

TIME FOR US 1.0





Bertarikh 7 Mac 2015, telah diadakan Time For Us yang dikendalikan oleh Exco Publisiti Kampus Kota. Seramai 40 ahli PRS UMK Kampus Kota telah turut serta untuk menjayakan aktiviti ini. Time For Us kali ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwwah dan memupuk kerjasama antara ahli-ahli . Time For Us kali ini diadakan di antara blok A dan blok B fakulti Kampus Kota bermula dari jam 5.00 hingga 7.00 petang.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembahagian kumpulan untuk mengenali ahli kumpulan masing masing, 'whisper challenge' dan Kesayanganku. Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, para peserta telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik antara satu sama lain.

Time For Us pada kali ini diakhiri dengan sesi fotografi sebagai kenangan antara ahli-ahli PRS UMK Kampus Kota. Semoga Time For Us yang akan datang dapat dijalankan dengan lebih baik.

ICE BREAKING


'WHISPER CHALLENGE'


KESAYANGANKU



SESI FOTOGRAFI