Friday, May 12, 2017

BONDING NIGHT PRS

28 MAC 2017





KENANGAN BERSAMA AHLI-AHLI PRS UMK KAMPUS KOTA
'BIG FAMILY'
Majlis ini dianjurkan oleh ahli PRS tahun 1 dengan bantuan Majlis Tertinggi Kampus Kota yang menghimpunkan ahli-ahli PRS Kampus Kota yang berkelapangan. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan sesama ahli PRS dari Tahun 1 sehingga Tahun 3 dan disertai lebih daripada 40 orang dan majlis dirasmikan oleh EN NIK ZULKAMAL  selaku Pegawai Psikologi. Terdapat dua modul yang dikendalikan dalam program tersebut dan modul tersebut telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua ahli PRS yang hadir. Dari segi perjalanan majlis tersebut kesemuanya berjalan dengan lancar, dan semua ahli jawatankuasa memainkan peranan masing-masing.  
SENIOR PRS BERGAMBAR BERSAMA-SAMA
'MUKA PALING HODOH'


KENANGAN BERSAMA AHLI PRS TAHUN 1 BERSAMA YDP & NYDP
PRS UMK KAMPUS KOTA  

UCAPAN DARIPADA EN. NIK ZULKAMAL BAGI MELENGKAPAKAN MAJLIS
 'BONDING NIGHT PRS'

AHLI PRS YANG SETIA MENDENGAR KATA-KATA ALUAN DARIPADA EN. NIK

SENIOR PRS YANG DISAYANGI
'FOKUS'

JUNIOR PRS MENIKMATI MAJLIS DENGAN GEMBIRA
'FAMILY BONDING PRS'

REFRESHMENT BERSAMA-SAMA AHLI PRS UMK KAMPUS KOTA



Sunday, April 30, 2017

PROGRAM INVENTORI PERSONALITI WARNA




PROGRAM INVENTORI PERSONALITI WARNA

15 MAC 2017

Kaunter pembukaan booth PRS pada 15 Mac 2017



Program yang dilangsungkan berjaya mendapat sambutan dari kebanyakan pelajar di UMK kampus kota termasuklah penglibatan pelajar tahun tiga.

Selain itu, program inventori personaliti warna ini dapat mendedahkan jenis kecenderungan personali peserta kepada warna apa selain dari mendekatkan ahli prs bersama mahasiswa dan mahasiswi di umk.

Di samping itu, kerjasama antara kumpulan iaitu bersama-sama ahli prs dapat dirapatkan dan mampu mewujudkan persefahaman untuk saling bantu membantu antara ahli.

Akhir kata, hubungan antara mahasiswa dan mahasiswi untuk terlibat dalam setiap program adalah penting, tanpa sokongan daripada mahasiswa dan mahasiswi UMK program yang berlangsung akan menjadi hambar dan tidak berjaya. 



Fasilitator menerangkan kepada pelanggan berkenaan personaliti warna

Peranan seorang fasilitator menerangkan keputusan yang pelanggan dapat hasil daripada 43inventori personaliti warna

Pelanggan dibimbing oleh fasilitator untuk menjawab inventori personaliti warna

Fasilitator menilai keputusan inventori personaliti warna hasil daripada menjawab

Pelanggan menjawab inventori personaliti bagi mendapat keputusan kecenderungan personaliti warna

Gambar bersama fasilitator dan juga pelanggan pada hari kejadian

Perbincangan bersama fasilitator tentang inventori personaliti warna

Sokongan menjawab ujian inventori daripada staf UMK juga diberikan

Suasana di meja hadapan (kaunter)

Saturday, April 22, 2017


                         PROGAM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA 2017 DI SEKOLAH

                                                RENDAH KEBANGSAAN MENTUAN

                                                                                 9 - 11 MAC 2017



SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN MENTUAN


Program 3 hari 2 malam di Sekolah Kebangsaan Rendah Mentuan bercirikan kepimpinan melibatkan pelajar seramai 124 orang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas surau dan prs. Pelajar yang terlibat berumur dalam lingkungan 11 tahun dan 12 tahun. Program yang bercirikan kepimpinan ini mepunyai aktiviti yang banyak bersifatkan kepimpinan seperti lets find, periuk api, telefon rosak dan explorace. Aktiviti ini dijalankan bagi mengasah sifat kepimpinan dalam diri pelajar. Pada malam kedua kami menjalankan makan malam secara formal bersama Prof Dato Abdul Aziz bin Ab Latif, Pn Alifah Adnan, Guru besar, guru-guru, fasilitator dan pelajar sekolah. Pada hari penutup, program berjalan dengan lancar.





PENDAFTARAN PESERTA PROGRAM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA




PELAJAR BERKUMPUL DI DEWAN SEKOLAH








SESI TAKLIMAT BERSAMA KAUNSELOR




PESERTA MENJAMAH MAKANAN RINGAN SEBELUM MAKAN MALAM




REFRESHMENT




EXPLORE RACE




MAJLIS MAKAN MALAM SECARA FORMAL BERSAMA PROF DATO ABDUL AZIZ BIN AB LATIF, PN ALIFAH ADNAN, GURU BESAR, GURU-GURU, FASILITATOR DAN PELAJAR SEKOLAH




BARISAN FASILITATOR BERSAMA PROF DATO ABDUL AZIZ BIN AB LATIF, PN ALIFAH ADNAN, GURU BESAR DAN GURU-GURU











Wednesday, March 22, 2017

PROGAM MOTIVASI LAWATAN SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI SENOK


PROGAM MOTIVASI LAWATAN SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI SENOK 

20 FEBRUARI 2017



BARISAN KAUNSELOR, FASILITATOR DAN GURU-GURU SERTA PARA PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SK PANTAI SENOK


Pada 20 Februari 2016, Pihak Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota telah menerima kunjungan daripada Sekolah Kebangsaan Pantai Senok dan Pembimbing Rakan Siswa (PRS) telah ditugaskan untuk menyambut kedatangan sekolah tersebut. Pihak PRS telah melantik beberapa orang fasilitator yang terdiri daripada Tahun 1 dan 2 untuk mengendalikan program tersebut dimana ianya melibatkan Program Lawatan Motivasi yang terdiri daripada pelajar-pelajar pendidikan khas SK Pantai Senok. Beberapa buah modul telah dijalankan sewaktu menerima kunjungan daripada sekolah antaranya ialah puzzle kenderaan dan aktiviti mewarna. Program ini bukan sahaja mengenai lawatan ke Universiti semata-mata tetatpi program ini juga memberikan semangat dan suntikan kepada para pelajar untuk lebih bersemangat dalam menuntut ilmu. 




MODUL: AKTIVITI MEWARNA



LATIHAN DALAM KUMPULAN BERSAMA PARA PELAJAR

'AKTIVITI PUZZLE KENDERAAN' BERSAMA FASILITATOR

KENANGAN BERGAMBAR BERSAMA PARA PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SK PANTAI SENOK

PEMBERIAN IKHLAS SAGU HATI DARIPADA PIHAK UMK





Wednesday, March 8, 2017

MY LEAD SMK BAROH PIAL

16 dan 17 Februari 2017
Barisan peserta dan fasilitator
      Program ini berlangsung di Min House Camp, Kubang Kerian. Program ini melibatkan seramai 10 orang fasilitator daripada Kampus Pengkalan Chepa 5 orang dan 5 orang daripada Kampus Bachok. Program ini berlansung pada 16 dan 17 Februari melibatkan seramai 61 orang pelajar daripada exco exco asrama SMK Baroh Pial. Pengetua SMK Baroh Pial, Pn Hajjah Zarina Binti Mat Ripin turut meluangkan masa beliau untuk bersama-sama pelajarnya sepanjang kem ini. 
    Kem ini bertemakan Kem Ketenteraan yang diterajui oleh En Azry iaitu Kaunselor Kampus Bachok. Tema ini dipilih bagi menerapkan disiplin yang tinggi dalam kalangan exco-exco asrama memandangkan mereka merupakan tulang belakang kepada asrama sekolah mereka. Sebanyak 5 modul telah berjaya dijalankan sepanjang program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam. Antara modul yang telah dijalankan ialah ice breaking, bom beracun, Tentera Malaysia VS Penjajah, Negaraku dan First Impression. Aktiviti luar seperti Explorace dan sukaneka turut dilangsungkan supaya lebih mencabar dan menyeronokkan.

Peserta berkumpul di dewan 


LDK "Malaysia VS Penjajah"

Aktivi luar

Solat Hajat & Bacaan Yaasin berjemaah

Explore Race
En Azry dan Pn Hajjah Zarina(pengetua SMK Baroh Pial)

Aktiviti luar: Sukaneka




Tuesday, February 28, 2017

           EMPOWER ECER : KEM SENTUHAN KASIH

16 -18 Februari 2017


BARISAN PESERTA DAN FASILITATOR


       Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di Dee wana Resort Tok Bali Kelantan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memberi semangat dan motivasi kepada adik-adik darjah 6 untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Program ini telah disertai oleh 240 orang pelajar darjah 6 dan seramai 20 orang fasilitator daripada kelab Pembimbing Rakan Siswa Universiti Malaysia Kelantan telah terlibat dalam program ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah ice breaking, bingo, surat khabarmu surat khabarku jua, carnibal island, roda impian dan seiring dengan senaman pagi dan petang. Tidak lupa juga slot motivasi En. Nik Zulkamal dan juga penceramah jemputan MAMA . 





PESERTA BERKUMPUL DI DEWAN TERBUKA






REFRESHMENT

















LATIHAN DALAM KUMPULAN





MOTIVASI EN. NIK ZULKAMAL





SOLAT BERJEMAAH




PEMBERIAN SAGUHATI





BARISAN FASILITATOR