Sunday, December 20, 2015

STEP TO THOUSAND

"STEP TO THOUSAND" merupakan satu program Siswa ke Desa yang dianjurkan  oleh Kelab Pembimbing Rakan Siswa dan Unit Kaunseling, Kerjaya dan Alumni Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama Kelab Pembimbing Rakan Universiti Malaysia Sabah. Program ini telah dilakukan di Kg. Sagindai, Ranau, Sabah.
SESI ICE BREAKING DAN TAKLIMAT PROGRAM

Seramai 25 orang peserta  PRS UMK  dan 11 orang peserta PRS UMS bersama 3 orang pegawai psikologi UMK telah menjayakan program ini. Objektif utama program ini diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara dua legasi universiti bersama semua penduduk Kampung Sagindai, Ranau, Sabah.
AHLI PRS SEDANG MENGEMAS PERPUSTAKAAN SEKOLAH RENDAH KG. SADINGAI


Aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlansung ialah aktiviti gotong-royong membersihkan Sekolah Rendah Kg. Sadingai dan aktiviti sukaneka yang dilakukan dengan bantuan dan penglibatan penduduk kampung sadingai. 



AKTIVITI SUKANEKA YANG DILAKUKAN BERSAMA PELAJAR DAN PENDUDUK KAMPUNG
Diakhir program ini, hubungan silaturahim antara PRS UMK dan PRS UMS menjadi semakin erat. Disamping itu, banyak kenangan manis yang diperoleh daripada program ini terutamanya daripada keluarga angkat yang menberi layanan mesra kepada peserta PRS UMK.


“Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice; it is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved.”

COUNSELLING AWARENESS OUTREACHING PROGRAMME ( CARE ) KAMPUS KOTA






Pada hari isnin iaitu 30 November 2015 bertempat di Koridor UMK-EI, Kelab Pembimbing Rakan Siswa ( PRS ) Kampus Kota telah menganjurkan Program CARE  yang pertama bagi sesi 2015/2016 yang dijayakan oleh ahli PRS Tahun 1. Program CARE ini terbuka kepada semua mahasiswa/i dari Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota. Program CARE kali ini bertajuk  'Kenali Warna Personaliti Anda' di mana mahasiswa/i dapat mengenali dan mengetahui  personaliti mereka berdasarkan inventori yang telah disediakan oleh pegawai kaunselor. Tujuan program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli PRS dengan mahasiswa/i UMK.


SESI PENDAFTARAN





SESI CARE 








PHOTO BOOTH






Kunjungan Mpp Kampus Kota Saudara Sufi ke booth Care PRS


Alhamdulilah, Program CARE pada kali ini mendapat sambutan daripada kalangan mahasiswa/i UMK seterusnya dapat merapatkan lagi ukhuwah antara mahasiswa/i dengan ahli PRS



SCIENCE ON WHEELS 2015 Edisi Kelantan

SIRI PERTAMA

SCIENCE ON WHEELS(SOW) siri pertama telah diadakan pada 7 november 2015 yang bertempat di SMK BUKIT JAWA.  Program ini bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja muda Malaysia yang mengadaptasikan sains dan teknologi melalui program-program mentor yang dikhususkan bagi memberi pendedahan serta menyemai minat pelajar sekolah menengah dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan dan Matematik. Pelbagai aktiviti telah dilakukan untuk memupuk minat yang mendalam terhadap subjek sains dalam kalangan pelajar.


Program SOW ini telah disertai oleh 300 pelajar daripada jajahan Pasir Putih. Program ini telah di jayakan oleh 50 fasilitator PRS daripada Kampus Bachok, Kampus Jeli dan Kampus Kota. Aktiviti yang dilakukan sepanjang program ini ialah cara pengunaan hardware dan software, latihan dalam kumpulan ( LDK ) dan explorace.


PARA PELAJAR SEDANG BELAJAR MENGUNAKAN SOFTWARE



SIRI KEDUA

Pada 22 November 2015, Program Sains On Wheels ( SOW )  siri kedua pada kali ini bertempat di USM Kubang Kerian iaitu di jajahan Bachok. Sebanyak 440 orang pelajar telah menyertai program ini serta sebanyak 62 orang fasilitator PRS dari ketiga-tiga kampus iaitu dari Kampus Bachok, Kampus Jeli dan Kampus Kota. Aktiviti pada kali ini ialah berdasarkan ExploRace. 





Para pelajar diberi tugasan yang perlu diselesaikan di setiap checkpoint. Antara tugasan  sains  yang mereka perlu selesaikan adalah

1. Eggs in the bottle
2. Telur magik
3. Payung terjun
4. Stab the potato
5 .Blowing up balloons
6. Floating clips
7. Shoot the coin
8. Find the key
9. Gunung Berapi



Tujuan explorace ini di adakan adalah  untuk membina kerjasama dan semangat berpasukan di samping para pelajar dapat  mempraktikkan subjek sains dan matematik yang mereka pelajari dalam persekitaran yang lebih menarik dan menyeronokkan.







SIRI KETIGA

Program Sains On Wheels yang telah memasuki siri yang ketiga iaitu siri terakhir ini bertempat di SMK Kutan di jajahan Tumpat yang mana telah dilaksanakan pada 24 November 2015. Program SOW siri ketiga pada kali ini di sertai seramai 300 orang pelajar dan di bantu oleh 53 orang ahli PRS UMK iaitu dari Kampus Bachok, Kampus Jeli dan Kampus kota.



Aktiviti program SOW siri ketiga ini pula berdasarkan modul Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ). Para pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan yang berjaya menyelesaikan tugasan/modul berunsur sains yang diberi akan di kira sebagai pemenang. Antara modul LDK ialah

1. Belon Satay
2. Magik Telur
3. Volcano
4. Blowing up Balloon
5. Mr. Potato
6.  Floating clips
7. Vacuum
8. Payung terjun
9. F1

Tujuan latihan dalam kumpulan  ini di adakan adalah  untuk membina kerjasama dan semangat berpasukan di samping para pelajar dapat  mempraktikkan subjek sains dan matematik yang mereka pelajari serta dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang ilmu sains.





Kesimpulanya, program SOW ini telah memberi semangat dan mengubah pandangan para pelajar supaya lebih berminat untuk mendalami subjek sains disekolah. Program ini juga telah mengeratkan hubungan antara ahli-ahli PRS dengan para pelajar.







Wednesday, December 16, 2015

TIME FOR US


Time for us pada kali ini telah diadakan di UMK Kampus Kota pada hari jumaat 11 Disember 2015 bertempat di bilik kuliah K106D. Aktiviti bermula dari jam 3 petang sehingga 6 petang. Seramai 40 orang ahli PRS dan 30 orang mahasiswa menyertai aktiviti pada kali ini. Time for us pada kali ini dikendalikan oleh exco komuniti. Senarai aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut.

  1. Battleship
  2. Peta malaysia
  3. Cak kali cap
Antara objektif yang digariskan oleh mereka adalah untuk mengeratkan hubungan sesama ahli PRS dan juga sesama mahasiswa/i. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar. Komitmen yang diberikan agak memberangsangkan dan respon positif diterima dari mahasiswa/i.