Monday, April 29, 2013






Syukur kepada hadrat illahi, pada 23 Mac 2013 yang lalu, Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UMK telah menjadi fasilitator sempena Seminar Wanita Penggerak Transformasi negara peringkat negeri Kelantan, anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli.Pogram ini berlangsung dari pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari.Program ini diadakan dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Program ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.Program ini telah sertai seramai 25 orang ahli PRS UMK.

Objektif program ini diadakan untuk mengangkat martabat wanita dalam pembangunan dan transformasi negara yang juga menjana pendapatan negara.Program ini dijalankan bersama-sama pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), dimana mereka mengadakan rawatan optometri percuma kepada wanita-wanita yang hadir pada hari tersebut.Sebanyak 200 orang wanita bertuah yang hadir mendapatkan cermin mata percuma pada hari tersebut.Di akhir seminar ini, ahli-ahli prs diberi tugas untuk mengadakan sesi pertukaran pendapat antara wanita-wanita yang menghadiri seminar tersebut.Ahli-ahli PRS diberi beberapa soalan dan menerangkan soalan tersebut kepada beberapa kumpulan wanita yang hadir.Antara soalan yang ditanya ialah apakah yang anda faham mengenai transformasi negara.Setelah selesai sesi ini, ahli-ahli prs diminta menyediakan laporan untuk diberi kepada pihak penganjur.

Di penghujung seminar ini, ahli-ahli prs yang juga fasilitator menjadi untuk program ini dapat meningkatkan dan membaiki soft skill yang ada dalam diri setiap fasilitator.Wanita-wanita yang hadir juga dapat meningkatkan kefahaman mereka berkenaan transformasi negara yang sedang rancak berlaku sekarang.


Bersama pelajar  Fakulti Sains Kesihatan (optometri) UKM dan PRS UMK





Step Towards Ambitious Realization Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1 (STAR SKK1)




Syukur Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan kerjasama yang diberikan oleh pegawai penasihat, para fasilitator, pihak sekolah dan para peserta, maka PRS UMK telah berjaya menganjurkan program STAR SKKK1 bertempat di Pondok Moden Jeli. Program selama 3 hari 2 malam ini berlangsung pada 7 Mac hingga 9 Mac 2014.

Program STAR SKKK1 ini melibatkan seramai 197 peserta terdiri daripada murid darjah 6 Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1 dengan bantuan 27 fasilitator PRS UMK. Pelbagai modul telah dilaksanakan bagi memastikan rasional sebenar bagi program STAR SKKK1 ini tercapai. Antara objektif untuk dilaksanakan adalah berbentuk memotivasikan pelajar dengan cara mendedahkan kepada para pelajar tentang kepentingan peperiksaan awam sperti UPSR, memupuk semangat kerjasama, toleransi, berdikari dan berkeyakinan diri dalam kalangan pelajar, meningkatkan motivasi kendiri pelajar, menerapkan nilai berdisiplin, mendidik cara menguruskan masa dengan baik dan membina sikap menghormati orang yang lebih tua seperti ibu bapa dan guru.

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1920, bermula sebagai sekolah rakyat.Nama asalnya adalah Sekolah Melayu Kubang Kerian.Bangunan asal adalah merupakan sebuah bangsal kecil bertiangkan batang nibung dan beratapkan rumbia.Keluasan bangunan ini ialah 12x30 kaki persegi. Tapak sekolah ini telah berubah beberapa kaki sehingga pada tahun 1938 sekolah ini telah menerima satu bangunan kayu 20x113 kaki persegi sebagai bangunan rasmi sekolah. bangunan ini mempunyai empat bilik darjah dan satu bilik Guru Besar. sebuah bangunan batu telah dibina sebagai bangunan untuk kelas fardhu ain pda tahun 1993.

Seterusnya pada tahun 1993 pengurusan sekolah ini terpaksa dibahagikan kepada dua iaitu Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) dan Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (3) kerana bilangan murid yang ramai dan bangunan yang sedia ada tidak mencukupi. Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) kekal di tempat asal dan Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (3) dipindahkan ke tapak baru lebih kurang satu kilometer dari Sekolah Kebangsaan kubang Kerian (1).



Makan secara berjemaah, beramai-ramai.






Para pelajar kusyuk mendengar arahan daripada fasilitator.





Salah satu aktiviti dalam kumpulan, yang dibimbing oleh fasilitator.





'Periuk Api' yang menguji kepekaan peserta terhadap arahan yang diberikan oleh ketua.




Salah satu checkpoint explorace, dimana para peserta perlu bekerjasa untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.



Solat berjemaah di surau.



 Denda bagi peserta yang tidak dapat menyelesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan.



Penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Guru Besar SKKK1.


Hari terakhir para peserta bersama fasilitator.