Tuesday, December 23, 2014

Tips Peperiksaan


Salam.
Minggu ulangkaji sudah pun bermula bagi menghadapi peperiksaan akhir di Universiti Malaysia Kelantan. Kelab PRS UMK disini ingin berkongsi tips dalam menghadapi peperiksaan yang bakal mendatang.
PRS UMK mengucapkan selamat menjawab peperiksaan dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Jangan lupa tujuan datang ke universiti dan harapan yang ditaruhkan ibu bapa.


TIPS PEPERIKSAAN

  • Mempunyai teknik membaca yang betul
Duduk dengan tegak & bernafas dengan betul dan memberikan tumpuan sepenuhnya menggunakan jari telunjuk untuk membaca menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan.

  • Tahu petua-petua agar tidak lupa:
Jangan amalkan perkara ini makan kepala ikan, organ dalaman, minum semasa makan, minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut, melihat kemaluan. Sebaliknya perbanyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu, kismis, kurma, madu, kekacang, pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan.

  • Membaca doa penerang hati 
Baca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

  • Belajar mengikut waktu yang sesuai
Belajar pada waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

  • Nota ringkas dan peta minda.

Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia memudahkan anda mengulangkaji pelajaran berbanding nota kuliah yang panjang. Bagi subjek yang lebih kepada menghafal, peta minda lebih sesuai dengan kata kunci bagi memudahkan untuk menghafal.

  • Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya

Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.

  • Pemakanan berkhasiat dan seimbang

Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan. Lebihkan sayur sayuran di dalam pemakanan dan buah buahan. Elakkan mengambil makanan ringan di musim peperiksaan.

  • Kawal emosi

Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.

  • Banyakkan berdoa dan bersolat

Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

Saturday, December 20, 2014

Program Time For Us




Bertarikh 17 Disember 2014, PRS UMK Kampus Kota telah mengadakan Time For Us yang dikendalikan oleh pelajar PRS Tahun Satu dan Dua bertempat di B202D Kampus Kota. Time For Us pada kali ini berlangsung pada pukul 9.00 malam. Time For Us ini bertujuan untuk mendekatkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli PRS. Sebelum berlangsungnya Time For Us, agenda utama dimulai dengan bacaan doa. Setelah itu, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti aktiviti sesama ahli, nyanyian lagu Gemuruh dan tarian Xi Shua Shua untuk memeriahkan suasana.

Time For Us kali ini khas ditujukan kepada Puan Masturah binti Mahmud yang bakal bersara  dan juga kepada senior PRS tahun 4 bagi meraikan tahun terakhir mereka. Setelah itu majlis disempurnakan dengan ucapan daripada Puan Masturah binti Mahmud dan Puan Asyikah binti Azahari. Sepanjang aktiviti ini,  banyak nasihat yang diperolehi dari Puan Masturah yang boleh dijadikan panduan sesama ahli.


 antara aktiviti dijalankan


 
Puan Masturah memberikan ucapan dan nasihat.





sebahagian ahli PRS yang turut serta hadir.



Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua ahli-ahli PRS yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Sunday, December 14, 2014

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT



Bertarikh kan 12 dan 13 Disember 2014 Umk telah menghantar seramai 20 orang wakil daripada 3 kampus,ke sebuah program kemasyarakatan yang diberi nama Program Khidmat Masyarakat .Program ini dianjurkan oleh  Tabung Haji dengan kerjasama AJK Kampung Besar Semerak Pasir Putih.Program Khidmat Masyarakat ini juga disertai oleh wakil pelajar IPT (UMK , PTPL dan POLITEKNIK).


Program ini bertujuan untuk mendekatkan badan korporat serta pelajar IPT dengan masyarakat kampung.Antara aktiviti dijalankan,membersihkan rumah anak yatim,membersihkan kawasan tanah perkuburan,ceramah agama,pertandingan mewarna untuk kanak-kanak , sukaneka dan akhir sekali cabutan bertuah.












Akhir sekali, kami menngucapkan ribuan terima kasih kepada warga Tabung Haji kerana sudi menjemput kami bagi menjayakan lagi program ini :)




Saturday, December 13, 2014

COUNSELLING AWARENESS OUTREACHING PROGRAMME

CARE


Bertarikh 11 Disember 2014 , bertempat di UMK-ei  telah berlansung satu program yang diberi nama Counselling Awareness Outreaching Programme (CARE) . Inventori yang telah kami khususkan ialah inventori gaya bercinta . Bermula dari jam 8 pagi sehingga jam 3 petang dan kami warga PRS kampus kota mengucapkan ribuan terima kasih kepada seramai 143 mahasiswa yang sudi meluangkan sedikit masa bersama kami.
Tidak lupa juga , sekalung tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini. Antara objektif yang kami tetapkan ialah untuk memperkenalkan lagi kelab PRS kepada mahasiswa lain . 

PENDAFTARAN



SESI CARE





SELFIE BOOTH





Sekian , terima kasih dan Salam satu PRS :)




Sunday, December 7, 2014

TIME FOR US

TIME FOR US

Pada 6 Disember 2012 , telah berlangsung satu program yang dinamakan 'Time for Us di perkarangan kolej UMK Kampus Kota'.  Pogram ini dikendalikan oleh beberapa orang pelajar PRS tahun dua. Peserta yang terlibat seramai 30 orang terdiri daripada beberapa ahli Pembimbing Rakan Sebaya. Aktiviti ni dijalankan selama 2 jam bermula dari jam 4.30 petang sehingga 6.30 petang . Banyak aktiviti yang dijalankan untuk memeriahkan program ini.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama ahli Pembimbing Rakan Saya. Program ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan ahli Pembimbing Rakan Sebaya .seperti nilai kerjasama dalam kumpulan, kreativiti dan sbanyak lagi.

AKTIVITI BINGO,dapat mengenali ahli PRS lebih rapat.



cheers dari setiap kumpulan




 hasil kreatif setiap kumpulan dapat menjadikan sehelai A4 boleh memuatkan ahli kumpulan

para peserta fokus mendengar arahan 

sekian terima kasih,salam 1 UMK ,salam 1 PRS