Tuesday, February 18, 2014

PROGRAM SINAR HARAPAN 2014

Program Sinar Harapan 2014  adalah satu program yang dirangka  untuk memberi bimbingan dan motivasi kepada kumpulan anak-anak yatim sebagai platform untuk mereka membina semangat dalam diri dan membentuk peribadi mulia disamping memupuk keyakinan diri sebagai persiapan menuju kejayaan. Selain itu, program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dengan penghayatan ilmu pengetahuan, agama, tanggungjawab serta membentuk keyakinan diri para pelajar dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar. Sepanjang program ini berlansung, peserta akan diperkukuhkan lagi dengan nilai-nilai cintakan ilmu, penghayatan kepada agama, tanggungjawab kepada diri dan sekitar dan yang paling penting stuktur latihan untuk program ini dirangka untuk memberi motivasi dan meningkatkan semangat buat mereka untuk belajar dan berjaya selari dengan tema program ini “Menitip Harapan, Menyinar Senyuman”. Stuktur latihan yang dibina melalui program ini juga mengandungi elemen pembinaan keyakinan diri dimana ini dapat sedikit sebanyak membina keyakinan diri mereka untuk berhadapan dengan masyarakat luar. Memberi  satu gambaran bahawa masyarakat khususnya golongan mahasiswa mengambil tahu tentang kondisi mereka dan mereka bukan keseorangan. Selain itu, menerusi kursus yang dirangka khas, mereka juga akan diterapkan dengan 9 aspek utama nilai murni untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian dalam membentuk insan yang berkeperibadian mulia dan syumul. Memberi ruang buat siswa-siswi UMK untuk berbakti kepada golongan anak-anak yatim ini dan sekali gus semoga dengan program ini, dapat mengukir senyuman diwajah anak-anak ini.

OBJEKTIF
Membentuk generasi muda siswa-siswi yang mempunyai jati diri yang kental serta memahami hasrat kerajaan membina masyarakat Malaysia yang saling menghormati dan menyayangi tanpa mengira peringkat usia dan latar belakang.

Menjadikan Program Sinar Harapan 2014 ini sebagai  salah satu bentuk keusahawanan sosial yang  cuba diterapkan kepada mahasiwa/i UMK terlibat.
Memberi pengalaman dan pengetahuan berharga kepada anak-anakyatim  yang menyertai program ini kerana ia sangat bermanfaat untuk pengembangan peribadi mahupun pada proses belajar dan mengajar yang efektif.
Memberi peluang kepada ahli PRS UMK untuk belajar secara lansung mengenai cara urus tadbir sesuatu program luar bilik kuliah dan dapat membantu dalam pengaplikasian kemahiran insaniah pelajar.
Disamping itu, program sebegini adalah untuk membantu penghuni rumah kebajikan dan rumah jagaan yang  kurang berkemampuan serta memberi pendedahan mengenai kepentingan pelajaran kepada mereka untuk mengharungi cabaran masa hadapan dengan jayanya.

Salah satu medium pendekatan baru yang mendekatkan golongan mahasiswa dan golongan anak-anak yatim ini.

Selain itu, program ini distrukturkan untuk meningkatkan tahap keyakinan diri peserta apabila berhadapan dengan khalayak ramai.

Memupuk nilai-nilai murni seperti nilai kecintaan tehadap ilmu dalam diri setiap peserta supaya mereka mencintai ilmu dan sekali gus mencipta kejayaan dalam pelajaran agar apabila mereka keluar kepada masyarakat mereka akan tidak dipandang rendah oleh orang lain.

Disamping itu, program ini diadakan adalah kerana ingin memberi mereka satu harapan bahawa masyarakat kini amat mengambil berat tentang mereka dan semoga program ini dapat mengukir sanyuman diwajah mereka sekaligus supaya dengan kehadiran mahasiswa/i UMK ini dapat mengisi kekosongan yang ada dalam diri mereka.

PELAKSANAAN
Tempat     : Pondok Moden Jeli
Tarikh      : 20 – 22 Mac 2014 (Khamis – Sabtu)
Penyertaan/penglibatan/sasaran :
1.1.1        15 orang PRS Universiti Malaysia Kelantan

1.1.2          80 orang peserta terdiri daripada penghuni rumah jagaan anak-anak yatim sekitar Kelantan.


" Bantu kami dengan menaja untuk program ini"
TERIMA KASIH