Friday, February 28, 2014

MESYUARAT BULANAN DAN PERLANTIKAN EXCO TERTINGGI PRS

Bertempat di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli,21 Februari 2014 telah berlangsungnya mesyuarat bulanan PRS. Mesyuarat ini merupakan aktiviti wajib yang dilakukan setiap bulan dan dihadiri oleh semua ahli PRS termasuk Majlis Tertinggi PRS dan dipantau oleh Pegawai Psikologi UMK.

          Objektif utama PRS UMK menjalankan mesyuarat bulanan ini adalah bertujuan untuk membincangkan isu-isu berbangkit disamping merancang dan penambahbaikan sesuatu program untuk masa hadapan. Mesyuarat ini juga penting supaya program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar bagi memastikan misi dan visi program tercapai. 

Untuk mengukuhkan lagi institusi PRS, Majlis Tertinggi tidak alpa memainkan peranan mereka dalam menasihati dan membuat teguran  kepada  ahli-ahli  PRS yang lain agar semua ahli PRS dapat bergerak seiring dalam merancang program-program yang bermanfaat kepada mahasiswa UMK disamping mengeratkan ukhwah sesama ahli.

      Dalam masa yang sama agenda mesyuarat ini turut  diteruskan  dengan Perlantikan Exco Tertinggi  PRS  UMK Kampus Jeli  antaranya seperti Exco PRS Komuniti, Exco PRS Publisiti, dan Exco PRS Latihan dan Pembangunan Insaniah.Selepas majlis perlantikan, ketua-ketua exco bersama ahli-ahlinya membuat perbincangan dan menyatakan cadangan untuk aktiviti yang bakal dijalankan.

PRS UMK kini, memandang kehadapan dengan meniti satu objektif iaitu mementingkan kualiti 
dari mencari-cari program yang gah.

Exco PRS Komuniti

Exco PRS Latihan dan Pembangunan Insaniah

Exco PRS Publisiti