Monday, March 10, 2014

Golden Screen Night GSN

Pada tarikh 21 Februari 2014, Unit Pembimbing Rakan Siswa ( PRS ) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Bachok telah berjaya menghasilkan sebuah produk iaitu Golden Screen Night atau dikenali sebagai GSN. GSN diadakan bertujuan memupuk nilai-nilai murni menerusi tayangan filem.Alhamdulillah ,produk GSN telah mendapat penyertaan dan sokongan yang memberansangkan.. Ahli - ahli PRS telah bertindak sebagai krew sokongan dalam menjayakan GSN. Usaha untuk mempromosikan GSN masih giat dijalankan oleh seluruh anggota PRS.GSN diadakan di Auditorium ( ADT 301 ) pada jam 8.30 malam pada setiap hari Jumaat setiap minggu.