Sunday, July 15, 2012

Step Toward Ambitious Realization (STAR) "Misi Lambaian Bayu"

Assalamuaikum dan Salam Sejahtera

Pada 6-8 Julai 2012 baru-baru ini, PRS UMK telah berangkat ke Sabah untuk satu lagi program STAR bertmpat di SMK Bandaraya, Menggatal, Sabah. Program ini dijalan kan dengan kerjasam pihak Pembimbing Rakan Siswa daripada UMS. Seramai 8orang PRS UMS dan 20 orang PRS UMK telah menyertai dan menjayakan program STAR ini.

Bilangan peserta yang menyertai program ini adalah seramai 103 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar PMR, SPM dan STPM. Beberapa modul yang sesuai telah dipilih dan dijalankan bersesuaian dengan tahap penerimaan pelajar. Walaupun terdapat sedikit kekeliruan bahasa, namun, ia tidak menjejaskan semangat kami semua. Tambahan pula dibatu oleh pihak PRS UMS, ternyata tiada perkara yang mustahil untuk kami.

Antara aktivti yang dijalankan adalah, sesi icebreaking, untuk pengenalan para pelajar dan fasilitator, sesi tazkirah, cergas pagi, LDK strategi dan teknik, LDK cinta kecemerlangan. Explorace, refleksi diri serta ikrar dan janji. Semua modul telah dijalankan mengikut kesesuaian para pelajar. Modul juga dibantu oleh pihak PRS UMS.

Akhir kata, program ini berakhir dengan jayanya. Kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga yang diberikan oleh pihak PRS UMS yang sudi memberikan kerjasama, pihak SMK Bandaraya dan pihak Yadim yang membantu pergerakan program ini dari awal smpai ke akhirnya.

Sekian.















untuk lagi gambar