Sunday, July 15, 2012

Persidangan Kebangsaan Kaunseling dan Kerjaya 2012

Assalamuaikum dan Salam Sejahtera

Pada 3-4 Julai yang lalu, seramai 17 wakil PRS UMK telah menyertai Persidangan Kebangsaan Kaunseling dan Kerjaya 2012. Persidangan ini diadakan di Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur dengan tema Psikologi Efektif, Keluarga dan Masyarakat Harmoni. Ia disertai oleh kaunselor-kaunselor serta pelajar-pelajar IPTA

Pelbagai slot pembentangan kertas kerja telah dibentangkan. antaranya ialah
a) "Mengenali Kanak-Kanak Istimewa" oleh Dr.Aminah Bee
b) "Peranan Ahli Psikologi Dalam Menangani Masalah Remaja" oleh Prof.Madya Dr Mohd Fadzil Che Din
c) "Kualiti hidup dan Kesejahteraan Psikologi Warga Emas" oleh En.Roslan Baba
d) "Cabaran dalam Memahami Warga Emas Dari Perspektif Kaunseling" oleh Tn.Hj Hushim b Hj Salleh
e) "Cabaran Hebat Ibubapa dalam Mendidik Kanak-Kanak IStimewa" oleh Pn.Hashimah Abd Razak
f) "Remaja dan Kesalahan Juvana, Fenomena Keruntuhan Akhlak Remaja, Punca, Trend dan Penyelesaian" oleh Prof Madya Dr Mohd Shatar Sabran

Persidangan ini memberikan banyak manfaat serta ilmu kepada kami semua. Tidak sia-sia kami menghadiri persidangan ini keran ianya amat bermanfaat dan boleh diaplikasikan dalam ilmu kaunseling serta dalam kehidupan seharian.