Sunday, July 15, 2012

SEMAIAN Bakti Siswa (SEMAI)

Assalamuaikum dan Salam Sejahtera

Pada 9 Julai 2012, pihak PRS UMK dengan kerjasama PRS UMS serta pihak YADIM telah mengadakan lawatan ke rumah orang tua Sri Pritchard, Kinarut, Sabah. rumah ini dihuni oleh lebih kurang 72orang warga emas. Setibanya kami di sana, kami telah diberi taklimat oleh pengurus rumah orang tua ini. Kami hanya melakukan lawatan dengan melawat orang-orang tua serta mengedarkan sedikit cenderamata daripada kami. Lawatan diadakan selama lebih kurang 2jam setengah. Ternyata, banyak pengajaran yang kami dapat melalui lawatan ini. Lawatan selama 2jam tidak mencukupi, tetapi masa terlalu mencemburui kami kerana kami harus berangkat ke tempat lain pula. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Rumah warga tua Sri Pritchard kerana sudi menerima kunjungan kami ke sana.

Seterusnya, kami telah menyertai lawatan tambahan ke rumah Anak Yatim As-Sakinah. Rumah ini dihuni oleh 6orang puteri sahaja dan rumah anak yatim ini adalah yang terbongsu di Sabah. Rumah ini dijaga oleh 2orang warden dan menyediakan kelengkapan untuk anak-anak dirumah ini termasuk makan minum pakaian serta pelajaran. Rumah anak yatim ini adalah mendapat bantuan daripada orang ramai. Kami membuat lawatan dengan melihat sekeliling rumah serta tempat anak-anak ini tinggal. Ia menyedarkan kami supaya di dalam kita bergembira, kita harus ingat akan insan yang serba kekurangan. lawatan ringkas ini memberikan seribu makna untuk kami. sekali lagi, ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Rumah anak Yatim As-Sakinah kerana sudi menerima kunjungan kami ke sana.