Tuesday, July 17, 2012

Pemantapan Akidah, Sahsiah dan Ibadah (PAKSI) Siri 1

Assalamuaikum dan salam sejahtera

PAda 12-14 April yang lalu, PRS UMK telah mengadakan program Pemantapan Akidah, Sahsiah dan Ibadah (PAKSI) Siri 1 selama 3hari 2malam bertempat di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota. Program ini disertai oleh 148 orang pelajar SK Dato Hashim 1 yang terdiri daripada pelajar tahun4, 5 dan 6. Objektif program ini diadakan ialah kerana untuk memantapkan lagi akidah n sahsiah para pelajar serta membentuk pegangan agama yang kukuh dalam kalangan pelajar dari kecil lagi.
Program ini dikendalikan oleh seramai 20orang fasilitator yang terdiri daripada ahli PRS.

Beberapa aktiviti permainan berunusrkan agama telah diserapkan dalam program ini dengan tujuan para pelajar dapat belajar sambil bermain. Aktivit explorace juga banyak menekan kan aspek agama, contohnya, bacaan dalam solat, cara mengerjakan solat dengan betul, cara mengambil air sembahyang dengan betul, ejaan dalam bahasa jawi dan sebagainya. Motif kami mewujudkan aktiviti sedemikan adalah untuk memupuk nilai dalam diri adik-adik dari sekarang lagi. ini adalah kerana, sayang bagi adik2 untuk cemerlang dalam bidang pelajaran lain tetapi ketinngglan dalam bab keagamaan.

Kami selaku ahli PRS UMK mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian pihak SK Dato Hashim 1 kerana sudi menghantar bilangan peserta yang tidak mengecewakan. Alhamdulillah program ini berlangsung dengan jayanya. Yang baik datangnya dari Allah SWT, yang brurk datang dari diri kami sendiri. Semoga kita berjumpa lagi. InsyaAllah






















lagi gambar