Wednesday, March 12, 2014

Jejak Kaunseling Nusantara

Program Jejak Kaunseling Nusantara telah diadakan di Medan, Indonesia dengan kerjasama anjuran oleh Majlis Kaunseling Dan Kerjaya Universiti-Universiti Malaysia (MAKUMA) dengan kerjasama Universitas Muslim Nusantara Al Waliah, Indonesia,  pada 17 - 21 Januari 2014. MAKUMA yang ditubuhkan pada tahun 2003 telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktivit bagi meneruskan perkhidmatan profesional dalam psikologi dan kauseling. Selain daripada Perkhidmatan pendidikan, trauma dan psikososial MAKUMA juga mempunya kepakaran dalam membantu secara bersepadu melibatkan fizikal, mental dan sosial agar klien kembali normal. 

            Salah satu misI MAKUMA ditubuhkan adalah bertujuan untuk menyeragamkan dan menyelaraskan dasar, kepakaran, idea, kaedah, dan aktivti kaunseling dan kerjaya secara berperingkat-peringkat. Disamping itu, ianya juga untuk memperkasakan perkhidmatan kaunseling dan kerjaya kearah melahirkan graduan yang berketrampilan dan berdayasaing dalam pasaran global. Justeru, bagi memantapkan kemahiran tersebut, kepakaran melalui perkongsian pintar dalam, serta luar negara amat diperlukan bagi membantu bagi meningkatkan kecemerlangan mahasiswa. Program ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan kerjasama antara pengamal Kaunseling Malaysia dan Indonesia, menerapkan satu rangkaian perkhidmatan kaunseling di peringkat antarabangsa dan berkongsi kemahiran secara bersepadu untuk memenuhi keperluan perkhidmatan mengikut perkembangan semasa dan terkini.


            Univerisiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menghantar dua orang wakil daripada Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) dan diiringi seorang pengawai psikologi iaitu Puan Masturah bt Mahmud, Pegawai Psikologi Kampus Kota. 

           Kesimpulannya, program ini sangat bagus dan bermanfaat kepada setiap peserta disamping dapat memahami persilangan budaya. Selain itu, peserta juga yang rata-rata merupakan pengamal ilmu kaunseling dapat mempraktikkan ilmu yang mereka ada dengan masyarakat melalui medium seminar dan program pengabdian masyarakat. Melalui program seperti ini juga, peserta dapat mengratkan hubungan sesama mereka dimana rata-rata dari mereka merupakan ahli Pembimbing Rakan Siswa Kebangsaan (PRSK) Semoga, dengan berlansung program ini dapat membuka minda pelajar dan masyarakat tentang kepentingan kaunseling kepada setiap lapisan masyarakat.

Program Pengabdian Masyarakat

Tempat pancung kepala pesalah di Perkampungan Batak

Kaunseling kelompok bersama remaja kampung

Rumah sekitar perkampungan Batak

Wakil UMK,UnisZa, UMP dan UPSI

Seminar Kaunseling Nusantara


Kaunseling Kelompok

Gambar kengan di puncak gunung Toba