Tuesday, May 14, 2013

Jalinan Mesra PRS UMK dan KDKK UTHM




Syukur kehadrat Illahi dengan limpah nikmat dan kurnianya telah berlangsung sebuah lagi program pemantapan ahli PRS. Kali ini program bersama warga KKDK UTHM di JOHOR Darul Ta'zim.







    Pada 19.4.2013 satu program “Jalinan Mesra PRS UMK dan KDKK UTHM” anjuran bersama Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Universiti Malaysia Kelantan dan Kelab Kerjaya Dan Kaunseling Universiti Tun Hussein Malaysia yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan pertukaran modul latihan dalam kumpulan (LDK).
                Bas UMK telah bertolak pada jam 0900 pagi menuju ke selatan tanah air. PRS UMK telah tiba di University Tun Hussein Malaysia pada jam 1200 tengah hari. Kita telah di sambut mesra oleh pengarah projek program ini iaitu saudara Farhan. Ice breaking telah di mulakan di mana kita telah di pecahkan kepada empat kumpulan utama berdasarkan bunyi haiwan kumpulan. Setelah selesai sesi ice breaking, kita telah di sajikan dengan santapan tengah hari lantas di lepaskan untuk sesi urus diri di kolej kediaman yang telah di sediakan.
               

            Pada jam 1430 ahli PRS UMK telah berkumpul di dewan terbuka UTHM. Setiap kumpulan telah diberi taklimat tentang “Explorace” yang akan di adakan. Setiap ahli kumpulan telah menyerahkan beg duit dan telifon bimbit kepada fasilitator yang bertugas hanya ketua kumpulan dibenarkan untuk menyimpan telifon bimbit dengan sharat hanya boleh menggunakan untuk menalifon pada waktu kecemasan sahaja. Kemudian setiap kumpulan diberikan tugas untuk menjana wang sebanyak RM250 dengan apa cara sekalipun di dalam kampus UTHM mahupun di luar kampus. Tempoh masa yang diberikan ialah sehingga jam 1800. Sejurus selepas itu, setiap kumpulan berpecah menuju ke destinasi masing-masing dengan hanya berbekalkan tulang empat kerat dan kreativiti di minda. Setiap kumpulan memberi komitmen serta menunjukkan kesungguhan menjana wang dengan membuat kerja-kerja mengemas halaman rumah, mencari dana sumbangan ikhlas serta bekerja di kedai-kedai makan, mengambil komisyen di atas barang-barang yang dijual dari rumah ke rumah seperti jersi, beg tangan, kardigan dan barang-barang aksesori wanita. Keberhasilan setiap kumpulan menjana dana itu dikumpul pada petang itu. Selepas itu, fasilitator melepaskan peserta untuk sesi urus diri dan berkumpul balik di dewan seminar Fakulti.








                Pada sesi malam pula, aktiviti di mulakan dengan refreshment. Bermula dengan pembelajaran tepuk-tepuk dan sejurus lepas itu bermula aktiviti LDK di mana sebuah lubang besar di potong dari tengah sehelai kertas mahjong. Dua ahli kumpulan di minta memegang kertas mahjong yang berlubang itu di paras bahu dan selebihnya berdiri di satu belah. Di dalam aktiviti ini, kumpulan diberi situasi di mana mereka berada di dalam sebuah kapal selam yang sedang karam dan hendaklah menyelamatkan setiap ahli kumpulan dari mati lemas.


               


Di pagi esok hari, program di mulakan seawal jam 0800 pagi dengan aktiviti senaman pagi dan kemudian pada jam 1000 acara Penutupan Program Jainan Mesra PRS UMK dan KDKK UTHM bermula. Majlis di mulakan dengan bacaan doa, kemudian di susuli ucapan pengarah program, ucapan daripada YDP PRS saudara Mohd Hafiz Zain dan kemudian pegawai kaunseling KDKK merasmikan Majlis Penutupan Jalinan Mesra PRS UMK dan KDKK UTHM. Seterusnya wakil daripada Pertubuhan Anak-anak Yatim Parit Raja di jemput ke hadapan untuk menerima sumbangan wang yang telah dikumpul oleh peserta program. Program di akhiri dengan tarian Xi Shua Shua dan nyanyian lagu Jalinan yang menjadi lagu tema program kali ini.