Monday, April 29, 2013






Syukur kepada hadrat illahi, pada 23 Mac 2013 yang lalu, Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UMK telah menjadi fasilitator sempena Seminar Wanita Penggerak Transformasi negara peringkat negeri Kelantan, anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli.Pogram ini berlangsung dari pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari.Program ini diadakan dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Program ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.Program ini telah sertai seramai 25 orang ahli PRS UMK.

Objektif program ini diadakan untuk mengangkat martabat wanita dalam pembangunan dan transformasi negara yang juga menjana pendapatan negara.Program ini dijalankan bersama-sama pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), dimana mereka mengadakan rawatan optometri percuma kepada wanita-wanita yang hadir pada hari tersebut.Sebanyak 200 orang wanita bertuah yang hadir mendapatkan cermin mata percuma pada hari tersebut.Di akhir seminar ini, ahli-ahli prs diberi tugas untuk mengadakan sesi pertukaran pendapat antara wanita-wanita yang menghadiri seminar tersebut.Ahli-ahli PRS diberi beberapa soalan dan menerangkan soalan tersebut kepada beberapa kumpulan wanita yang hadir.Antara soalan yang ditanya ialah apakah yang anda faham mengenai transformasi negara.Setelah selesai sesi ini, ahli-ahli prs diminta menyediakan laporan untuk diberi kepada pihak penganjur.

Di penghujung seminar ini, ahli-ahli prs yang juga fasilitator menjadi untuk program ini dapat meningkatkan dan membaiki soft skill yang ada dalam diri setiap fasilitator.Wanita-wanita yang hadir juga dapat meningkatkan kefahaman mereka berkenaan transformasi negara yang sedang rancak berlaku sekarang.


Bersama pelajar  Fakulti Sains Kesihatan (optometri) UKM dan PRS UMK