Tuesday, May 14, 2013

STAR SEDAMAI


Syukur Alhamdulillah berkat kesungguhan serta komitmen yang diberikan maka PRS UMK telah berjaya untuk berkerjasama dengan pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Mohd Taib, Perak dalam merelealisasikan Kem Motivasi Insan Cemerlang SEDAMAI 2013.  Program yang berlangsung selama 3Hari 2Malam ini telah berlangsung dengan suksesnya di SMK Dato’ Haji Mohd Taib, Chemor, Perak Darul Redzuan yang disertai seramai 74 peserta dan 24 orang ahli PRS UMK sebagai fasilitator program.

Program yang telah diadakan pada 5-7 April 2013 ini mempunyai rasionalnya yang  tersendiri. Pertama, menyuntik semangat dalam diri pelajar untuk untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam menyelami ilmu pengetahuan. Selain itu, program ini bertujuan menerangkan dengan lebih jelas tentang tanggungjawab dan peranan seorang pelajar untuk terus maju dalam apa jua bidang yang diceburi serta menyalurkan input-input yang positif kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan PMR. Di samping itu, program ini bertujuan mempromosikan asasi Malaysia Kelantan sekaligus UMK sendiri kepada para pelajar sebagai destinasi seterusnya untuk melanjutkan pelajaran.

Bermula dengan perjalanan fasilitator dari Universiti Malaysia Kelantan, para fasilitator  disajikan dengan pemandangan yang memukau dalam misi merentasi banjaran titiwangsa menuju ke negeri Perak. Sampai sahaja di sana, program bermula dengan sesi ice breaking serta pembahagian kumpulan. Pada waktu malam, sesi ceramah telah dikendalikan oleh ketua program sendiri iaitu saudari Syuaddah. Walaubagaimanapun, aspek kerohanian tidak dilupakan sepanjang kem ini.


Training Of Trainer (T.O.T) Fasilitator

Sehari sebelum bertolak ke SEDAMAI

Fokus =D

R&R di Perak >_<

Way To Perak ;)

Majlis Perasmian Kem Motivasi Cemerlang  

Sesi Ice Breaking ..

Para peserta yang hadir =D

Sesi Pembahagian Kumpulan :)

Solat Berjemaah ..

Ceramah Daripada Ketua Program >_<

Hari kedua berjalan seperti biasa. Beberapa LDK turut berjaya dikendalikan, termasuklah aktiviti explorasi yang menguji daya fikir para peserta, membentuk semangat kerjasama serta kerja berkumpulan. Perkongsian pintar antara pelajar dengan fasilitator turut dijalankan bagi memberi pendedahan kepada para peleajar mengenai hala tuju mereka masing-masing selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada waktu malamnya adalah kemuncak bagi program ini iaitu sesi ‘Surat Cinta’. Dengan berpandukan modul yang dibincang bersama, para peserta berjaya menyediakan surat cinta untuk kedua ibu bapa mereka dan ini bertujuan untuk menyedarkan mereka tentang perjuangan ibu bapa mereka dalam misi membesarkan mereka.

Slot Senaman Pagi =D

Pagi Yang Ceria :)

Ceramah Daripada Tn Hj Wan Sopian ..

Modul Pensel Ajaib

Sifat Kepimpinan Terserlah

Modul Periuk Api =D

Explorace

kesungguhan dan ketabahan dalam diri diuji =D

Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan

Tahniah Untuk Semua ..

Aktiviti refreshment

Apabila Kem Komandan bersuara !!

Slot Surat Cinta ;)

Ke hadapan Ibu dan Ayah yang disayangi ............

Hari ketiga adalah hari terakhir untuk semua. Seperti biasa, aktiviti persegaran (refreshment) turut mencuri tumpuan para peserta. Akhir sekali, majlis penutup dijalankan dengan serba ringkas. Pada waktu yang sama, para peserta sempat dan fasilitator bergambar kenangan bersama. Alhamdulillah, Misi ke Dato’ Haji Mohd Taib berjalan dengan jayanya.

Pagi terakhir di SEDAMAI =D

Ber "Xi Shua Shua" di pagi hari :)

Salam perpisahan =D

Terima kasih untuk segalanya :)


Erat Silaturrahim =D

Group Photo :)

Para Guru, Para Peserta, Para Fasilitator


Dengan itu, kami warga PRS UMK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat serta selamat berjaya kepada semua peserta daripada SEDAMAI.

TAHNIAH UNTUK SEMUA =D

TOGETHER WE ARE ONE =D