Tuesday, February 26, 2013

MYLEAD (Master Your Leadership) SMK DATO' PERDANA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Syukur Alhamdulillah, Pembimbing Rakan Siswa UMK telah berjaya melaksanakan Kem Kepimpinan Pengawas SMK Dato' Perdana pada 21-23 Februari 2013 yang lepas. Program yang dinamakan Master Your Leadership (MYLEAD) telah diadakan di Redzuan Chalet Beach Resort yang disertai seramai 105 peserta terdiri daripada barisan kepimpinan SMK Dato' Perdana.

SMK Dato' Perdana dahulunya dikenali sebagai SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANGOK kerana kedudukannya yang terletak di kawasan kompleks sekolah-sekolah Tangok. Ianya kemudian ditukar nama kepada SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' PERDANA sempena nama khas Menteri Besar (pada masa itu digelar Perdana Menteri) Negeri Kelantan 1921-1945 semasa majlis perasmian sekolah yang disempurnakan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan pada 13 MEI 2002.

Tujuan kem ini dilaksanakan adalah untuk menanam sifat kepimpinan yang perlu ada dalam setiap diri . Sifat seperti ini turut mengambil contoh teladan yang pernah ditunjukkan oleh rasulullah S.A.W berlandaskan Al-Quran dan hadis. Sifat ini penting bukan sahaja buat peserta dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah malah bersesuaian dalam melaksanakan tugas sebagai mukmin yang sejati.

Melalui program ini juga, para peserta telah diasah bakat melalui pelbagai aktiviti mengikut modul-modul yang telah dilaksanakan. Sepanjang program ini, para Pembimbing rakan Siswa UMK telah menerapkan semangat kerjasama, menepati masa, kemahiran komunikasi di khalayak ramai, serta cara melaksanakan amanah dengan profesional. 

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun, kami sebagai PRS UMK mengharapkan para peserta dapat mengambil input-input yang berguna daripada kem ini. Kami sentiasa mendoakan kesemua peserta mampu melaksanakan amanah serta menjadi pemimpin yang mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pemimpin-pemimpin yang hebat kelak.

TOGETHER WE ARE ONE :)



Para peserta SMK Dato' Perdana dan fasilitator UMK :)


Peserta Lelaki dan Pihak Pentadbiran Sekolah :)


Peserta Perempuan :)


Para Fasilitatir UMK dan Pihak Pentadbiran Sekolah


taklimat program daripada fasilitator



tekun menanti arahan daripada fasilitator


LDK perbincangan kumpulan



semangat kerjasama diterapkan kepada para peserta 


pagi di resort


senaman pagi di tepi pantai


fasilitator turut mengambil bahagian


bersemangat






pembentangan kumpulan



kemahiran komunikasi turut diterapkan




persembahan dikir barat