Monday, February 4, 2013

KHIDMAT KOMUNITI PRS UMK MERENTASI LAUT CHINA SELATAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah s.w.t. dengan limpah kurniaan-Nya, Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Universiti Malaysia Kelantan telah  diberi peluang berkolaborasi dengan Kelab PRS Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu bagi menjayakan Program Khidmat Komuniti Lambaian Bumi Borneo yang diketuai oleh Universiti Malaysia Sabah. 

Program ini telah memberi impak positif kepada ahli PRS UMK dalam penglibatan program pengantarabangsaan sebegini untuk membina sebuah Kelab PRS yang lebih matang dari segi pelaksanaan program akan datang. Program ini dijalankan bertujuan untuk menanam semangat kemasyarakatan dalam diri mahasiswa melalui pengisian aktiviti dan modul yang telah dirancangkan terlebih awal. Selain itu, Kelab PRS setiap Universiti yang terlibat secara tidak langsung dapat merapatkan ukhwah antara satu sama lain dan dapat bekerjasama dengan baik. 

Melalui program ini juga Kelab PRS turut membawa nama UMK di bumi borneo sebagai pengenalan kepada para pelajar dan juga masyarakat di sana sekaligus dapat membuka mata dan peluang kepada pelajar-pelajar yang menyertai program ini untuk menyambung pelajaran di Universiti Malaysia Kelantan mengikut kepada pencapaian akademik mereka. Dalam masa yang sama, ahli PRS UMK dapat membimbing dan mendidik diri sendiri untuk menjadi pemimpin yang berjaya.

Program ini turut menjadi salah satu platform untuk kami mempelajari budaya bumi Borneo samada dari segi kebudayaan, sosial mahupun bahasanya yang tersendiri. Secara tidak langsung dapat mengeluarkan ahli-ahli PRS UMK dari kepompong budaya dalam semenanjung dengan belajar cara kehidupan mereka. Masa di semenanjung tidak sama seperti yang berlaku di luar semananjung Malaysia turut kami alami sendiri. Bitter sweet is the best experience! Kami telah lalui tanpa rasa sedikit penyesalan dalam hati. Jauh perjalanan, luas pemandangan. 

Kami sediakan kepada anda suku daripada hidangan gambar yang kami tangkap sebagai santapan harian anda. Wassalam.





Selamat sampai di SMK Bintulu

Persediaan cenderahati UMK kepada pelajar SMK Bintulu

Pagi hari memulakan tugas

Pemberian cenderahati UMK kepada palajar SMK Bintulu

Ahli PRS mengetuai aktiviti persegaran

Aktiviti Generasi Hebat oleh PRS UMS

Beramah mesra bersama pelajar 

Latihan dalam kumpulan 

Perkongsian dan memberi semangat untuk ke menara gading

Aktiviti bersama anak-anak yatim 

Terima kasih kepada Pengetua & Unit Kaunseling SMK Bintulu 

Anak-anak yatim diberikan cenderahati UMK

UPM Bintulu diberi tugasan berteraskan kepimpinan

Menumpukan perhatian sebelum menjalankan tugas

Perbincangan dalam menentukan tugas masing-masing

Barisan Ketua Kumpulan daripada siswa/i UPM Bintulu






Nyanyian Lagu Gemuruh diikuti pelajar SMK Muara Tuang


Menyiapkan pernyataan "Kami Generasi Hebat 2013"

"Kerjasama amat penting dalam kumpulan", katanya.


Surat Khabarku Surat Khabarmu Jua

Program bersama anak-anak yatim diadakan disini


Pertandingan berebut kerusi dikendalikan oleh PRS UMS

Berdiskusi

Terima kasih atas kerjasama semua



Terima kasih. Diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Wallahualam.