Sunday, February 24, 2013

Master Your Leadership

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.. Syukur alhamdulillah dengan keizinan-Nya, Pembimbing Rakan Siswa UMK telah diberi kepercayaan dan diamanahkan untuk memimpin Pengawas Maktab Sultan Ismail, Kelantan. Maktab Sultan Ismail atau nama ringkasnya SIC, merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan yang terletak di Jalan Telipot. Maktab Sultan Ismail ditubuhkan sebagai Ismail English School (IES) pada 5 Januari 1936 bersempena nama DYMM Sultan Ismail Ibni Al Marhum Sultan Muhammad IV, Sultan yang memerintah pada masa itu.

Program Kepimpinan Pengawas 2013, Maktab Sultan Ismail dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan telah berkampung di Darul Falah, Tanah Merah selama 3 hari 2 malam. Komitmen yang tinggi telah diberi oleh setiap Pengawas Maktab Sultan Ismail untuk meningkatkan dan memprbaiki kualiti diri sebagai seorang pemimpin yang berwibawa  telah dihadiri seramai 78 orang ahli Pengawas yang berdaftar pada 21 – 23hb Februari 2013.

Di samping itu, program ini bertujuan untuk menanamkan semangat kepimpinan dimana Allah s.w.t menciptakan manusia yang hidup di atas muka bumi-Nya ini antara salah satu tujuan-Nya adalah untuk menjadi khalifah yang mengikut ajaran Islam dan Al-Quran serta hadith sebagai panduan mengharungi kehidupan sebagai khalifah teragung.

Pembimbing Rakan Siswa UMK juga turut meletakkan semangat sikap berkeyakinan tinggi dalam diri para Pengawas apabila melaksanakan tanggungjawab dan membuat keputusan yang professional. Selain itu, sikap paling penting dan utama yang telah disemaikan dalam diri setiap Pengawas SIC ialah disiplin yang mengajar diri untuk menjadi pemimpin yang terbilang.

Pada hari terakhir program ini, setiap Pengawas SIC yang telah diasah bakat kepimpinan mereka telah terserlah peribadi pemimpin yang berkaliber dan serba boleh dalam segala aspek. Kami dari Kelab PRS UMK mendoakan Pengawas SIC 2013 bakal memartabatkan Malaysia pada suatu hari nanti dan tidak mensia-siakan peluang yang ada kerana anda mampu menjadi pemimpin yang disegani dengan menjulang Islam di persada dunia. AMIN.

Bertemu dan berpisah adat kehidupan manusia, walaupun sekejap namun satu memori telahpun tercipta. Saksikan beberapa gambar sebagai hidangan anda..

Senamrobik penuh semangat dan bertenaga

Penghulu memberikan arahan

Logo kumpulan Burung Hantu

Kelantangan bersuara memberikan pendapat

Pembentangan Logo Kumpulan


Aktiviti Kawad Kaki Asas
Aktiviti Mewujudkan Sebuah Negara yang berwawasan

Datuk PA bekas pelajar SIC

Harapan pemimpin kepada bakal pemimpin