Wednesday, February 3, 2010

Rumusan Meeting 30hb di BK5

Disediakan oleh : Muhamad Shah Rizal Senan

Pada 30 Januari 2010, Kelab Pembimbing Rakan Siswa UMK telah mengadakan mesyuarat bulanan bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung pada bulan Febuari .

Pada malam tersebut pengerusi kelab PRS telah memulakan ucapan alu-aluan kepada ahli baru PRS. Seramai 35 orang pelajar baru telah mendaftar menjadi ahli PRS.....tahniah diucapkan kepada ahli baru.

Selepas itu, pembentangan revolusi dihadapan ahli baru mengenai aktiviti yang telah diadakan di satu Bengkel Perancangan Strategik PRS 2010 ( sila skrol kebwh tuk melihat aktiviti yg berlangsung ). Setiap exco membentangkan agenda masing-masing yang dimulakan oleh Exco Akademik Dan Ceramah yang akan mengadakan Phylo Ilmu bermula Khamis ini iaitu 4 Febuari 2010 yang diketuai oleh Nur Izzati.

Exco Penerbitan dan Fotografi telah membentangkan mengenai pergerakan blog dan risalah pada bulan Febuari nanti. yang diketuai oleh Muhd Zulhelmi ( Ketua Risalah ) dan Mohd Khairi ( Blog )....tahniah diucapakan kepada ahli2 penerbitan dan fotografi jugak yang sudah bertungkus-lumus menyiapkan kerja sebelum tarikh yang ditetapkan

Exco Dana dan Exco Publisiti telah berkerjasama untul menjayakan Seminar Sehari Bersama PRS yang akan diadakan dalam masa terdekat...tarikhnya xpasti lagi,sila inform bler dh dapat tarikhnya

Perancangan Exco Kebajikan dibentangkan oelh syuhada yang akan mengadakan Family's Day pada hujung bulan Mac ini...semoga dapat menghadirkan diri anda

Diakhir mesyuarat, nyanyian lagu GEMURUH dipilih sebagai teme lagu PRS telah dinyanyikan bersama-sama. Semoga kekuatan PRS semakin untuh dan erat. Kerjasama dapat dipupuk pada setiap diri ahli PRS dan menjadikan kelab PRS ini sebagai platform untuk setiap pelajar belajar menguruskan sesuatu program di dalam suasana keluarga yang bahagia.

Salam Perjuangan untuk semua ahli PRS UMK

Share with Us





p/s: tgh tgu gmbr dr Khai tuk diupload kan..stay tune