Monday, February 15, 2010

Kem di La Hot Spring Besut

Pada 30 Januari yang lepas, seramai 35 orang pelajar telah menyertai kem kaunseling kelompok “PRS Bersama Mahasiswa/i”yang telah diadakan di La Hot Spring, Besut. Para peserta diiringi oleh Tn. Hj Wan Supian Sori selaku Pegawai Psikologi dan juga Penasihat Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya Universiti Malaysia Kelantan.

Program tersebut dianjurkan oleh Exco Dana & Penajaan dan tutut dibantu Exco Akademik. Program ini diketuai oleh Mohd Ali Bin Md Yasin, dibantu oleh Mohd Farisfitri dan 8 orang fasilitator yang terpilih.

Peserta bertolak dari UMK seawal jam 7.45 pagi. Setibanya peserta di La hot Spring, peserta telah diberikan taklimat ringkas oleh pengurus kawasan La Hot Spring berkenaan pantang larang dan peraturan di kawasan tersebut.

Aktiviti bermula dengan modul 1, iaitu Pasar Malam dan Ice Breaking di mana para peserta saling mengenali antara satu sama lain dengan cara yang berbeza dan menarik. Seterusnya, modul 2 dijalankan, di mana peserta dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing dan bermain permainan Boom Binatang. Peserta turut menyertai satu lagi modul yang dinamakan Teloq Dalam Castle.

Aktiviti berasaskan modul dijalankan sehingga tengahari. Pada sebelah petang, peserta menjalankan sedikit riadah dan aktiviti bebas. Aktiviti tamat menjelang jam 4.30 petang dan setiap peserta berkumpul dan bertolak pulang ke kampus.

Para peserta berpuas hati dengan program yang disertai. Walaupun masing-masing keletihan, namun mereka berasa seronok dan telah mendapat banyak pembelajaran baru mengenai semangat sepasukan melalui modul-modul yang telah dijalankan.