Monday, February 15, 2010

Phylo Ilmu oleh PRS

Tujuan:
Phylo-ilmu adalah bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam setiap pelajaran yang diklasifikasikan susah. Untuk program yang pertama pada hari khamis, 4 februari 2010, adalah khusus untuk subjek kimia am. Dan untuk setiap minggu, subjek yang berlainan akan dibincangkan.

Hasil Dapatan:
Pada hari khamis, 4 februari 2010, program phylo-ilmu pertama telah dijalankan di bk4. Seramai 24 daripada 36 orang pelajar dari SBN 1, telah menghadirkan diri. Kelas bermula jam 9.30 pagi,dan rasminya berakhir jam 11 pagi. 6 kumpulan telah dibentuk. Setiap kumpulan membincangkan separuh dari keseluruhan bab, dan sebanyak lebih kurang 5 bab yang ada. Hasil daripada program ini, pelajar-pelajar telah berbincang sesama ahli kumpulan, dan membuat peta minda untuk setiap sub-topik tiap-tiap bab. Dan kesemua peta minda ini telah dikumpul dan disusun mengikut bab-bab. Peta minda ini akan disemak oleh pensyarah-pensyarah yang terbabit, kemudian setiap kelas yang mengambil subjek kimia am akan mendapat satu set peta minda ini sebagai bahan rujukan tambahan sempena ujian yang akan berlangsung kelak.