Thursday, March 3, 2016

MYLEAD SMK SULTAN ISMAIL



Barisan fasilitattor yang menjayakan program Mylead SMK Sultan Ismail

Program Mylead SMK Sultan Ismail merupakan program kepimpinan yang dijalankan bagi memupuk semangat kepimpinan di kalangan ketua dan penolong ketua kelas dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 atas SMK Sultan Ismail. Program ini telah dijalankan pada 22 Februari 2016 dan disertai sebanyak 93 orang murid.


LDK 'Bangunan Impian'

Para peserta terlebih dahulu dibahagikan kepada 9 kumpulan. Antara Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang telah disediakan untuk para peserta ialah bangunan impian, pressure leader dan periuk api. Pada sebelah petang, para peserta terlibat dengan akiviti explorace. Terdapat 9 checkpoint yang harus dilengkapkan oleh setiap kumpulan.
 

Pada penghujung program, ketua fasilitator telah meminta para peserta untuk menyenaraikan aktiviti yang paling digemari dan skor yang layak diterima bagi aktiviti yang telah dijalankan. Program ini diakhiri dengan sesi begambar bersama para peserta dan para guru SMK Sultan Ismail.