Thursday, March 3, 2016

1 TEAM FOR 1 SPIRIT








1 Team 1 Spirit merupakan satu program yang dianjurkan oleh Pembimbing Rakan Siswa (PRS) untuk mengeratkan silaturrahim antara ketiga-tiga kampus Universiti Malaysia Kelantan iaitu kampus Kota, Bachok, dan Jeli. Program ini telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 11 - 13 Februari 2016 bertempat di Nur Lembah Pangsun Eco Resort, Hulu Langat Selangor.
                                    

Salah satu aktiviti yang dijalankan program 1t1s
Objektif program ini diadakan bertujuan untuk membina keyakinan diri sendiri disamping memupuk nilai kerjasama dalam satu pasukan dalam apa jua aktiviti berkumpulan. Selain itu, program ini juga dapat membantu menaikkan semangat serta kekuatan fizikal dan mental setiap peserta yang terlibat. 

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut ialah ice breaking, treasure hunt, toxic wave, war game dan senamaerobik. Program ini telah tamat dengan jayanya dan setiap ahli PRS yang mengikuti program ini dapat merasai cara hidup susah dan ikatan antara ketiga-tiga kampus semakin kuat.

                                                        
                                                        "TOGETHER WE ARE ONE"