Sunday, December 20, 2015

STEP TO THOUSAND

"STEP TO THOUSAND" merupakan satu program Siswa ke Desa yang dianjurkan  oleh Kelab Pembimbing Rakan Siswa dan Unit Kaunseling, Kerjaya dan Alumni Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama Kelab Pembimbing Rakan Universiti Malaysia Sabah. Program ini telah dilakukan di Kg. Sagindai, Ranau, Sabah.
SESI ICE BREAKING DAN TAKLIMAT PROGRAM

Seramai 25 orang peserta  PRS UMK  dan 11 orang peserta PRS UMS bersama 3 orang pegawai psikologi UMK telah menjayakan program ini. Objektif utama program ini diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara dua legasi universiti bersama semua penduduk Kampung Sagindai, Ranau, Sabah.
AHLI PRS SEDANG MENGEMAS PERPUSTAKAAN SEKOLAH RENDAH KG. SADINGAI


Aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlansung ialah aktiviti gotong-royong membersihkan Sekolah Rendah Kg. Sadingai dan aktiviti sukaneka yang dilakukan dengan bantuan dan penglibatan penduduk kampung sadingai. 



AKTIVITI SUKANEKA YANG DILAKUKAN BERSAMA PELAJAR DAN PENDUDUK KAMPUNG
Diakhir program ini, hubungan silaturahim antara PRS UMK dan PRS UMS menjadi semakin erat. Disamping itu, banyak kenangan manis yang diperoleh daripada program ini terutamanya daripada keluarga angkat yang menberi layanan mesra kepada peserta PRS UMK.


“Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice; it is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved.”