Sunday, December 20, 2015

SCIENCE ON WHEELS 2015 Edisi Kelantan

SIRI PERTAMA

SCIENCE ON WHEELS(SOW) siri pertama telah diadakan pada 7 november 2015 yang bertempat di SMK BUKIT JAWA.  Program ini bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja muda Malaysia yang mengadaptasikan sains dan teknologi melalui program-program mentor yang dikhususkan bagi memberi pendedahan serta menyemai minat pelajar sekolah menengah dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan dan Matematik. Pelbagai aktiviti telah dilakukan untuk memupuk minat yang mendalam terhadap subjek sains dalam kalangan pelajar.


Program SOW ini telah disertai oleh 300 pelajar daripada jajahan Pasir Putih. Program ini telah di jayakan oleh 50 fasilitator PRS daripada Kampus Bachok, Kampus Jeli dan Kampus Kota. Aktiviti yang dilakukan sepanjang program ini ialah cara pengunaan hardware dan software, latihan dalam kumpulan ( LDK ) dan explorace.


PARA PELAJAR SEDANG BELAJAR MENGUNAKAN SOFTWARE



SIRI KEDUA

Pada 22 November 2015, Program Sains On Wheels ( SOW )  siri kedua pada kali ini bertempat di USM Kubang Kerian iaitu di jajahan Bachok. Sebanyak 440 orang pelajar telah menyertai program ini serta sebanyak 62 orang fasilitator PRS dari ketiga-tiga kampus iaitu dari Kampus Bachok, Kampus Jeli dan Kampus Kota. Aktiviti pada kali ini ialah berdasarkan ExploRace. 





Para pelajar diberi tugasan yang perlu diselesaikan di setiap checkpoint. Antara tugasan  sains  yang mereka perlu selesaikan adalah

1. Eggs in the bottle
2. Telur magik
3. Payung terjun
4. Stab the potato
5 .Blowing up balloons
6. Floating clips
7. Shoot the coin
8. Find the key
9. Gunung Berapi



Tujuan explorace ini di adakan adalah  untuk membina kerjasama dan semangat berpasukan di samping para pelajar dapat  mempraktikkan subjek sains dan matematik yang mereka pelajari dalam persekitaran yang lebih menarik dan menyeronokkan.







SIRI KETIGA

Program Sains On Wheels yang telah memasuki siri yang ketiga iaitu siri terakhir ini bertempat di SMK Kutan di jajahan Tumpat yang mana telah dilaksanakan pada 24 November 2015. Program SOW siri ketiga pada kali ini di sertai seramai 300 orang pelajar dan di bantu oleh 53 orang ahli PRS UMK iaitu dari Kampus Bachok, Kampus Jeli dan Kampus kota.



Aktiviti program SOW siri ketiga ini pula berdasarkan modul Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ). Para pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan yang berjaya menyelesaikan tugasan/modul berunsur sains yang diberi akan di kira sebagai pemenang. Antara modul LDK ialah

1. Belon Satay
2. Magik Telur
3. Volcano
4. Blowing up Balloon
5. Mr. Potato
6.  Floating clips
7. Vacuum
8. Payung terjun
9. F1

Tujuan latihan dalam kumpulan  ini di adakan adalah  untuk membina kerjasama dan semangat berpasukan di samping para pelajar dapat  mempraktikkan subjek sains dan matematik yang mereka pelajari serta dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang ilmu sains.





Kesimpulanya, program SOW ini telah memberi semangat dan mengubah pandangan para pelajar supaya lebih berminat untuk mendalami subjek sains disekolah. Program ini juga telah mengeratkan hubungan antara ahli-ahli PRS dengan para pelajar.