Thursday, November 27, 2014

PRS Family Day - Open the Gate, Close the Gap

Pada 15 November 2014 yang lalu telah berlangsung dengan meriahnya Family Day PRS yang telah diadakan di Pusat Kokurikulum, Tangok, Bachok selama sehari. Family Day ini telah disertai oleh ketiga-tiga kampus UMK iaitu Kampus Jeli, PC dan Bachok.

Seramai lebih kurang 100 ahli PRS dari ketiga-tiga kampus telah menghadirkan diri untuk menyambut Family Day ini. Pelbagai aktiviti diadakan bersama ahli-ahli PRS bermula dari pagi hingga ke petang. Walaupun hari hujan namun ini tidak menjejaskan semangat mereka untuk meraikan Family Day ini.

Penganjuran Family Day ini sungguh bermakna terutama bagi ahli baru PRS kerana dapat berkenal-kenalan dengan lebih ramai rakan PRS dari kampus lain terutamanya. Hari Keluarga ini terbukti dapat menjalinkan hubungan kekeluargaan dikalangan PRS.

Tidak dilupakan juga kepada pegawai and penolong pegawai psikologi yang turut menyertai hari keluarga ini iaitu Puan Shika dan Cik Aida.


Open the Gate, Close the Gap.Love PRS


Antara aktiviti yang dijalankan. Waktu hujan menambahkan lagi keseronokan. Betul tak?



Aktiviti yang paling menduga rohani, jasmani, mental dan segalanya bagi yang tak pandai berenang. Rasa macam bunuh diri je. Tapi sangat seronok. :)

Mendengar taklimat keselamatan daripada pegawai Pusat Kokurikulum Tangok.



Berkayak merupakan aktiviti outdoor terakhir. Semua berkayak sepuas hati keliling tasik sampai sakit bahu. Seriuosly.



Masa lelaki tengah berkayak, yang perempuan dipaksa menepek lumpur ke muka untuk menyerap lembapan kononya.