Thursday, November 20, 2014

COUNSELLING AWARENESS OUTREACHING PROGRAMME (CARE) MH370 & “WAKAF AL-QURAN”

Bertempat di foyer fakulti Universiti Malaysia Kelantan, Kelab Pembumbing Rakan Siswa dengan kerjasama Unit Kaunseling Kerjaya dan Alumni (UKKA) UMK telah berjaya menganjurkan sebanyak 4 siri program CARE dengan tema dan aktiviti yang berbeza. Antara yang diselitkan sepanjang program ini berlangsung adalah sesi inventori bersama para mahasiswa termasuklah ujian inventori warna dan, cinta dan kerjaya. Program ini berjaya dilaksanakan sebanyak dua bulan sekali. Satu slot khas berjaya disempurnakan pada CARE siri ke-2 iaitu pada Mac 2014 yang bertemakan MH370 dalam mengingati serta menunjukkan sokongan moral daripada mahasiswa UMK Kampus Jeli terhadap usaha mencari dan menyelamat nahas pesawat MH370. Di samping itu, program wakaf Al-Quran turut berjaya dilaksanakan yang mana memberi peluang kepada mahasiswa untuk mewakafkan Al-Quran dalam misi mencari dana bagi menyempurnakan Program Sinar Harapan anjuran Kelab PRS UMK.