Wednesday, March 8, 2017

MY LEAD SMK BAROH PIAL

16 dan 17 Februari 2017
Barisan peserta dan fasilitator
      Program ini berlangsung di Min House Camp, Kubang Kerian. Program ini melibatkan seramai 10 orang fasilitator daripada Kampus Pengkalan Chepa 5 orang dan 5 orang daripada Kampus Bachok. Program ini berlansung pada 16 dan 17 Februari melibatkan seramai 61 orang pelajar daripada exco exco asrama SMK Baroh Pial. Pengetua SMK Baroh Pial, Pn Hajjah Zarina Binti Mat Ripin turut meluangkan masa beliau untuk bersama-sama pelajarnya sepanjang kem ini. 
    Kem ini bertemakan Kem Ketenteraan yang diterajui oleh En Azry iaitu Kaunselor Kampus Bachok. Tema ini dipilih bagi menerapkan disiplin yang tinggi dalam kalangan exco-exco asrama memandangkan mereka merupakan tulang belakang kepada asrama sekolah mereka. Sebanyak 5 modul telah berjaya dijalankan sepanjang program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam. Antara modul yang telah dijalankan ialah ice breaking, bom beracun, Tentera Malaysia VS Penjajah, Negaraku dan First Impression. Aktiviti luar seperti Explorace dan sukaneka turut dilangsungkan supaya lebih mencabar dan menyeronokkan.

Peserta berkumpul di dewan 


LDK "Malaysia VS Penjajah"

Aktivi luar

Solat Hajat & Bacaan Yaasin berjemaah

Explore Race
En Azry dan Pn Hajjah Zarina(pengetua SMK Baroh Pial)

Aktiviti luar: Sukaneka