Tuesday, December 23, 2014

Tips Peperiksaan


Salam.
Minggu ulangkaji sudah pun bermula bagi menghadapi peperiksaan akhir di Universiti Malaysia Kelantan. Kelab PRS UMK disini ingin berkongsi tips dalam menghadapi peperiksaan yang bakal mendatang.
PRS UMK mengucapkan selamat menjawab peperiksaan dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Jangan lupa tujuan datang ke universiti dan harapan yang ditaruhkan ibu bapa.


TIPS PEPERIKSAAN

  • Mempunyai teknik membaca yang betul
Duduk dengan tegak & bernafas dengan betul dan memberikan tumpuan sepenuhnya menggunakan jari telunjuk untuk membaca menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan.

  • Tahu petua-petua agar tidak lupa:
Jangan amalkan perkara ini makan kepala ikan, organ dalaman, minum semasa makan, minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut, melihat kemaluan. Sebaliknya perbanyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu, kismis, kurma, madu, kekacang, pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan.

  • Membaca doa penerang hati 
Baca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

  • Belajar mengikut waktu yang sesuai
Belajar pada waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

  • Nota ringkas dan peta minda.

Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia memudahkan anda mengulangkaji pelajaran berbanding nota kuliah yang panjang. Bagi subjek yang lebih kepada menghafal, peta minda lebih sesuai dengan kata kunci bagi memudahkan untuk menghafal.

  • Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya

Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.

  • Pemakanan berkhasiat dan seimbang

Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan. Lebihkan sayur sayuran di dalam pemakanan dan buah buahan. Elakkan mengambil makanan ringan di musim peperiksaan.

  • Kawal emosi

Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.

  • Banyakkan berdoa dan bersolat

Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.