Program Sinar
Harapan 2014 adalah satu program yang
dirangka untuk memberi bimbingan dan
motivasi kepada kumpulan anak-anak yatim sebagai platform untuk mereka membina
semangat dalam diri dan membentuk peribadi mulia disamping memupuk keyakinan
diri sebagai persiapan menuju kejayaan. Selain itu, program ini adalah
untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dengan penghayatan ilmu
pengetahuan, agama, tanggungjawab serta membentuk keyakinan diri para pelajar
dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar. Sepanjang
program ini berlansung, peserta akan diperkukuhkan lagi dengan nilai-nilai
cintakan ilmu, penghayatan kepada agama, tanggungjawab kepada diri dan sekitar
dan yang paling penting stuktur latihan untuk program ini dirangka untuk
memberi motivasi dan meningkatkan semangat buat mereka untuk belajar dan
berjaya selari dengan tema program ini “Menitip Harapan, Menyinar Senyuman”. Stuktur
latihan yang dibina melalui program ini juga mengandungi elemen pembinaan
keyakinan diri dimana ini dapat sedikit sebanyak membina keyakinan diri mereka
untuk berhadapan dengan masyarakat luar. Memberi satu gambaran bahawa masyarakat khususnya
golongan mahasiswa mengambil tahu tentang kondisi mereka dan mereka bukan
keseorangan. Selain itu, menerusi kursus yang dirangka khas, mereka
juga akan diterapkan dengan 9 aspek utama nilai murni untuk diaplikasikan dalam
kehidupan seharian dalam membentuk insan yang berkeperibadian mulia dan syumul. Memberi ruang
buat siswa-siswi UMK untuk berbakti kepada golongan anak-anak yatim ini dan
sekali gus semoga dengan program ini, dapat mengukir senyuman diwajah anak-anak
ini.
OBJEKTIF
Membentuk
generasi muda siswa-siswi yang mempunyai jati diri yang kental serta memahami
hasrat kerajaan membina masyarakat Malaysia yang saling menghormati dan
menyayangi tanpa mengira peringkat usia dan latar belakang.
Menjadikan
Program Sinar Harapan 2014 ini sebagai
salah satu bentuk keusahawanan sosial yang cuba diterapkan kepada mahasiwa/i UMK
terlibat.
Memberi
pengalaman dan pengetahuan berharga kepada anak-anakyatim yang menyertai program ini kerana ia sangat
bermanfaat untuk pengembangan peribadi mahupun
pada proses belajar dan mengajar yang efektif.
Memberi
peluang kepada ahli PRS UMK untuk belajar secara lansung mengenai cara urus tadbir
sesuatu program luar bilik kuliah dan dapat membantu dalam pengaplikasian
kemahiran insaniah pelajar.
Disamping itu,
program sebegini adalah untuk membantu penghuni rumah kebajikan dan rumah
jagaan yang kurang berkemampuan serta
memberi pendedahan mengenai kepentingan pelajaran kepada mereka untuk
mengharungi cabaran masa hadapan dengan jayanya.
Salah satu medium
pendekatan baru yang mendekatkan golongan mahasiswa dan golongan anak-anak
yatim ini.
Selain itu, program ini
distrukturkan untuk meningkatkan tahap keyakinan diri peserta apabila
berhadapan dengan khalayak ramai.
Memupuk
nilai-nilai murni seperti nilai kecintaan tehadap ilmu dalam diri setiap
peserta supaya mereka mencintai ilmu dan sekali gus mencipta kejayaan dalam
pelajaran agar apabila mereka keluar kepada masyarakat mereka akan tidak
dipandang rendah oleh orang lain.
Disamping itu, program
ini diadakan adalah kerana ingin memberi mereka satu harapan bahawa masyarakat
kini amat mengambil berat tentang mereka dan semoga program ini dapat mengukir
sanyuman diwajah mereka sekaligus supaya dengan kehadiran mahasiswa/i UMK ini
dapat mengisi kekosongan yang ada dalam diri mereka.
PELAKSANAAN
Tempat : Pondok
Moden Jeli
Tarikh : 20 –
22 Mac 2014 (Khamis – Sabtu)
Penyertaan/penglibatan/sasaran :
1.1.1
15
orang PRS Universiti Malaysia Kelantan
1.1.2
80 orang peserta terdiri daripada
penghuni rumah jagaan anak-anak yatim sekitar Kelantan.
" Bantu kami dengan menaja untuk program ini"
TERIMA KASIH