HARI KELUARGA (family day)
Pada 14 Disember 2013 bersamaan 10 Safar 1435
Hijrah bertempat di UMK Kampus Bachok
telah berlangsung Hari Keluarga Pembimbing Rakan Siswa (PRS) dengan jayanya.
Misi kali ini adalah untuk menyimpul kasih
hubungan persaudaraan agar lebih mesra serta mewujudkan sifat kekeluargaan pada setiap diri individu.
Dengan bertemakan ‘ Fun and Enjoy , Stay Gold ‘, PRS Kampus Jeli , Kampus
Bachok dan Kampus Kota telah digandingkan bersama-sama untuk memeriahkan program
ini.
Pelbagai aktiviti menarik sepanjang program
ini berlangsung . Program dimulakan dengan pembahagian kumpulan , dirancakkan
lagi dengan permainan mengikat kaki sambil berkain pelekat serta mengisi air ke dalam
botol secara ekstrem . Melalui program ini , gelak tawa ahli-ahli PRS dari ketiga-tiga
kampus menghidupkan lagi semangat kekeluargaan selain bersukan . Aktiviti -aktiviti ini juga dapat memberikan inspirasi kepada kami untuk berdaya saing secara sihat antara satu sama lain. Bersyukur kepada Maha Pencipta kerana izin-Nya program ini dapat berjalan dengan lancar.
Tahniah , syabas serta sekalung penghargaan kepada semua Pegawai Unit Kaunseling Kerjaya dan Alumni UMK, Pengarah Program, AJK Program, serta semua ahli PRS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang program ini dilaksanakan. Sentiasa mengingati ayat keramat dari senior yang dihormati ' Sayangi PRS serta isi-isinya ' . TOGETHER WE ARE ONE..