Saturday, November 30, 2013

1 TEAM FOR 1 SPIRIT ( 1T1S )

Program ini telah berlangsung selama 3hari 2malam iaitu pada 3 hingga 5 November 2013 dan bertempat di KELA ADVENTURE CAMP, Raub, Pahang .Program ini telah disertai seramai 82 peserta yang terdiri daripada PRS UMK daripada ketiga-tiga kampus iaitu kampus Pengkalan Chepa, kampus Jeli dan Kampus Bachok dan 4 orang penasihat kelab Pembimbing Rakan Siswa UMK yang terdiri daripada Pegawai Psikologi UMK.

  Program ini bertujuan untuk melicinkan perlaksanaan program-program PRS pada sesi 2013 disamping pembentangan Takwim Aktiviti Tahunan untuk setiap Exco yang terdiri daripada Exco Publisiti, Exco Modul dan Pembangunan Insaniah dan Exco PRS Komuniti.

     Selain itu,terdapat juga aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan termasuklah "Jungle Trekking" , "Water Confident", "Water Rafting", "Flying Fox", "Night Walk" dan "Survivor Cooking" .Aktiviti-aktiviti ini dapat melatih para peserta terumanya didalam aspek kerjasama didalam kumpulan dan aspek kepimpinan yang merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada didalam diri setiap ahli PRS.

   Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT ,kerana dengan limpah kurnia-NYA, segala aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya dan sekalung penghargaan untuk mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sejak daripada perancangan program 1T1S ini sehinggalah kepada perlaksaan program ini dan juga ribuan terima kasih buat pelatih-pelatih daripada Kela Adventure Camp yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami.
















KOMUNITI KUALA BALAH

Program Komuniti ini telah dilaksanakan pada 13,14 dan 15 November 2013 bertempat di Kuala Balah.Kuala Balah merupakan sebuah pekan yang terletak dalam daerah Kuala Balah iaitu salah satu daerah kecil dalam jajahan Jeli.Pekan ini terletak kira-kira 32 km dari Pusat Bandar Utama Jajahan Jeli iaitu Bandar Jeli,Kelantan. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada ahli PRS UMK kampus jeli. 

          Program ini adalah bertujuan untuk memberikan khidmat komuniti di salah sebuah rumah O.K.U di kawasan Kuala Balah itu sendiri. Antara khidmat komuniti yang dilaksanakan ialah pembersihan kawasan rumah O.K.U tersebut disamping mewujudkan hubungan mesra antara masyarakat sekitar bersama PRS UMK.

           Akhir kata, diharapkan khidmat komuniti yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu menceriakan kawasan sekitar  disamping meringankan beban penduduk rumah O.K.U tersebut  dan diharapkan juga hubungan persaudaraan yang terjalin akan semakin utuh antara PRS UMK dan penduduk rumah O.K.U Kuala Balah.


Pembersihan kawasan sekitar rumah O.K.U

Mengumpul ranting-ranting kayu.
Sesi ramah mesra antara penduduk rumah O.K.U dan PRS UMK.
sesi mengecat






PROGRAM NLP FOUNDATION (Neuro-Linguistic Programming)

   Program NLP Foundation yang berlangsung pada 16 November 2013 yang lepas telah disertai 50 orang yang terdiri daripada PRS UMK, pelajar UMK itu sendiri dan juga peserta luar yang berasal dari sekitar Kedah Darul Aman. Program ini yang telah bertempat di Dewan Inspin,Alor Setar Kedah merupakan program pengenalan kepada NLP(Neuro-Linguistic Programming) dimana bertujuan untuk melatih peserta agar mengaplikasikan pengunaan otak dan kelebihan minda dengan betul.

      Peserta dilatih cara mudah komunikasi dengan hanya menggunakan 6 deria iaitu VISUAL(deria mata iaitu melihat ), AUDITORY( deria telinga iaitu mendengar), KINESTHETIC( deria sentuh), OLFACTORY(deria hidu),GASTUTORY(deria rasa) dan AUDIO DIGITAL(suara hati). Kaedah yang diajar amat berguna terutamanya kepada PRS UMK itu sendiri kerana setiap yang diajar dapat diaplikasikan didalam program-program PRS terutamanya yang melibatkan aspek komunikasi.



PRS UMK dan pelajar UMK

Peserta dari seluruh Kedah bersama mahasisiwa/i UMK