Wednesday, March 18, 2015

TIME FOR US 1.0





Bertarikh 7 Mac 2015, telah diadakan Time For Us yang dikendalikan oleh Exco Publisiti Kampus Kota. Seramai 40 ahli PRS UMK Kampus Kota telah turut serta untuk menjayakan aktiviti ini. Time For Us kali ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwwah dan memupuk kerjasama antara ahli-ahli . Time For Us kali ini diadakan di antara blok A dan blok B fakulti Kampus Kota bermula dari jam 5.00 hingga 7.00 petang.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembahagian kumpulan untuk mengenali ahli kumpulan masing masing, 'whisper challenge' dan Kesayanganku. Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, para peserta telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik antara satu sama lain.

Time For Us pada kali ini diakhiri dengan sesi fotografi sebagai kenangan antara ahli-ahli PRS UMK Kampus Kota. Semoga Time For Us yang akan datang dapat dijalankan dengan lebih baik.

ICE BREAKING


'WHISPER CHALLENGE'


KESAYANGANKU



SESI FOTOGRAFI


 

Thursday, March 12, 2015

Mesyuarat Bulanan PRS UMK

Pada 27 Febuari 2015 telah diadakan satu meyuarat PRS UMK di Kampus Jeli yang telah dipengerusikan oleh NYDP Kampus Jeli yang baharu iaitu saudari Nabihah. Mesyuarat pada kali ini adalah untuk membentangkan program-program  yang akan diadakan sepanjang semester ini. Ramai ahli PRS telah membentangkan program-program yang mereka wakili. Terdapat juga laporan daripada program yang telah dijalankan seperti CARE. Turut hadir adalah mantan YDP PRS UMK iaitu saudara Azam yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri menyurat kali ini.

"Together We Are One"

NYDP PRS JELI yang baharu.

Saudara Najib memberikan taklimat berkenaan program Young Motivator.

Saudara Umar memberikan taklimat mengenai program Tautan Kasih yang akan melawat Rumah Anak Yatim Salima.

Mantan YDP PRS UMK Saudara Azam memberikan sepatah dua kata kepada ahli PRS pada malam berkenaan.