Friday, March 30, 2012

DISCOVERY OF SOCIAL ENTREPRENEURSHIP (DOSE) JOURNEY

Pada 16-18 Mac 2012 baru-baru ini, Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UMK telah menganjurkan Seminar Pengantarabangsaan, DOSE Journey bertempat di University Malaysia Kelantan kampus Pengkalan Chepa. Sebanyak 5 universiti telah menghantar wakil masing-masing untuk mengikuti seminar ini. Antara universiti yang telah menghantar wakil ialah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan wakil kelab dan persatuan daripada pihak penganjur iaitu wakil UMK.

Antara pengisian sepanjang program adalah, pembentangan daripada ahli-ahli PRS yang telah mengikuti program pengantarabangsaan ke Acheh. Terdapat beberapa slot telah dibahagikan bermula daripada pembentangan kertas kerja dan dana oleh ahli-ahli PRS yang terlibat. Terdapat juga slot kajian psikologi. Secara ringkas nya, semua pembentangan telah diberikan oleh semua ahli PRS umk yang terlibat.

Akhir kata daripada pihak kami, pihak kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua universiti yang sudi menghantar wakil untuk program DOSE ini. Segala kekurangan amatlah kami kesali. Diharapkan penganjuran seminar DOSE ini akan lebih membantu mahasiswa untuk menganjurkan lebih banyak program pengantarabangsaan lagi. Sekian


ADMIN