Mengenai PRS UMK

Ditubuhkan pada 1 Ogos 2007 di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Pengkalan Chepa. PRS UMK bertindak sebagai menghulurkan bantuan melalui bimbingan dan pendekatan psikologi kaunseling. Selain itu. PRS juga menjadi perantara kaunselor dan pelajar disamping berperanan sebagai pemudah cara dalam membimbing dan menangani masalah pelajar.

Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) merupakan sebuah kelab di bawah Unit Rundingcara Dan Kerjaya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang berfungsi sebagai pemangkin untuk membina, membimbing dan membantu khususnya pelajar-pelajar universiti dalam menangani konflik dalam kehidupan seharian sebagai pelajar. Selain itu, kelab ini juga merupakan jentera sokongan yang membimbing dan memberi sumbangan kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan melalui seminar, kursus dan bengkel-bengkel motivasi.

Atas dasar itu juga, Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) telah banyak menganjurkan program kemasyarakatan serta kursus dan bengkel-bengkel motivasi di sekitar bandar dan juga pedalaman Kelantan. Berteraskan pengalaman yang dimiliki itulah program ini dirangka bagi luar negeri Kelantan bagi mencari kelainan persekitaran dan budaya dalam menguatkan lagi jentera sokongan dalam memberi khidmat dan bimbingan kepada diri sendiri, pelajar dan masyarakat.