TOGETHER WE ARE ONE :)
Sunday, April 20, 2014
Malam Final Anugerah Tokoh Siswa 2013
Pada 1 Mac 2014 yang lalu bertempat di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu telah diadakan Anugerah Tokoh Siswa 2013.Anugerah Tokoh Siswa 2013 ini telah disempurnakan oleh YB DATO' SERI IDRIS BIN JUSOH,Menteri Pendidikan II.Malam Final Anugerah Tokoh Siswa ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar IPTA dalam pelbagai kategori antaranya kategori kesukarelawanan dan kategori kempimpinan.Malam ini juga terdapat pelbagai lain termasuk anugerah tokoh sukarelawan siswa 2013, anugerah tokoh pemimpin siswa 2013 dan anugerah menteri pendidikan 2013.Universiti Malaysia Kelantan(UMK) juga menghantar beberapa calon untuk dipertandingkan.Malangnya, rezeki tidak menyebelahi UMK pada tahun ini kerana calon-calon terbabit tidak memenangi sebarang anugerah.Walauu bagaimanapun,tahniah diucapkan buat semua yang telah
tercalon dalam Anugerah Tokoh Siswa 2013. Sesungguhnya pencalonan anda
telah dapat mengharumkan nama UMK dimata umum.
TOGETHER WE ARE ONE :)
TOGETHER WE ARE ONE :)
Wednesday, March 12, 2014
Jejak Kaunseling Nusantara
Program
Jejak Kaunseling Nusantara telah diadakan di Medan, Indonesia dengan kerjasama
anjuran oleh Majlis Kaunseling Dan Kerjaya Universiti-Universiti Malaysia
(MAKUMA) dengan kerjasama Universitas Muslim Nusantara Al Waliah, Indonesia, pada 17 - 21 Januari 2014. MAKUMA yang
ditubuhkan pada tahun 2003 telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktivit
bagi meneruskan perkhidmatan profesional dalam psikologi dan kauseling. Selain
daripada Perkhidmatan pendidikan, trauma dan psikososial MAKUMA juga mempunya kepakaran
dalam membantu secara bersepadu melibatkan fizikal, mental dan sosial agar
klien kembali normal.
Salah satu misI MAKUMA ditubuhkan
adalah bertujuan untuk menyeragamkan dan menyelaraskan dasar, kepakaran, idea,
kaedah, dan aktivti kaunseling dan kerjaya secara berperingkat-peringkat.
Disamping itu, ianya juga untuk memperkasakan perkhidmatan kaunseling dan
kerjaya kearah melahirkan graduan yang berketrampilan dan berdayasaing dalam
pasaran global. Justeru, bagi memantapkan kemahiran tersebut, kepakaran melalui
perkongsian pintar dalam, serta luar negara amat diperlukan bagi membantu bagi
meningkatkan kecemerlangan mahasiswa. Program ini diadakan bertujuan untuk
mewujudkan kerjasama antara pengamal Kaunseling Malaysia dan Indonesia,
menerapkan satu rangkaian perkhidmatan kaunseling di peringkat antarabangsa dan
berkongsi kemahiran secara bersepadu untuk memenuhi keperluan perkhidmatan
mengikut perkembangan semasa dan terkini.
Univerisiti Malaysia Kelantan (UMK)
telah menghantar dua orang wakil daripada Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS)
dan diiringi seorang pengawai psikologi iaitu Puan Masturah bt Mahmud, Pegawai
Psikologi Kampus Kota.
Kesimpulannya,
program ini sangat bagus dan bermanfaat kepada setiap peserta disamping dapat
memahami persilangan budaya. Selain itu, peserta juga yang rata-rata merupakan
pengamal ilmu kaunseling dapat mempraktikkan ilmu yang mereka ada dengan masyarakat
melalui medium seminar dan program pengabdian masyarakat. Melalui program
seperti ini juga, peserta dapat mengratkan hubungan sesama mereka dimana
rata-rata dari mereka merupakan ahli Pembimbing Rakan Siswa Kebangsaan (PRSK)
Semoga, dengan berlansung program ini dapat membuka minda pelajar dan
masyarakat tentang kepentingan kaunseling kepada setiap lapisan masyarakat.
![]() |
| Program Pengabdian Masyarakat |
![]() |
| Tempat pancung kepala pesalah di Perkampungan Batak |
![]() |
| Kaunseling kelompok bersama remaja kampung |
![]() |
| Rumah sekitar perkampungan Batak |
![]() |
| Wakil UMK,UnisZa, UMP dan UPSI |
![]() |
| Seminar Kaunseling Nusantara |
![]() |
| Kaunseling Kelompok |
![]() |
| Gambar kengan di puncak gunung Toba |
Monday, March 10, 2014
Golden Screen Night GSN
Pada tarikh 21 Februari 2014, Unit Pembimbing Rakan Siswa ( PRS ) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Bachok telah berjaya menghasilkan sebuah produk iaitu Golden Screen Night atau dikenali sebagai GSN. GSN diadakan bertujuan memupuk nilai-nilai murni menerusi tayangan filem.Alhamdulillah ,produk GSN telah mendapat penyertaan dan sokongan yang memberansangkan.. Ahli - ahli PRS telah bertindak sebagai krew sokongan dalam menjayakan GSN. Usaha untuk mempromosikan GSN masih giat dijalankan oleh seluruh anggota PRS.GSN diadakan di Auditorium ( ADT 301 ) pada jam 8.30 malam pada setiap hari Jumaat setiap minggu.
Friday, February 28, 2014
MESYUARAT BULANAN DAN PERLANTIKAN EXCO TERTINGGI PRS
Bertempat di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli,21 Februari 2014 telah berlangsungnya mesyuarat bulanan PRS. Mesyuarat ini merupakan aktiviti wajib yang dilakukan setiap bulan dan dihadiri oleh semua ahli PRS termasuk Majlis Tertinggi PRS dan dipantau oleh Pegawai Psikologi UMK.
Objektif utama PRS UMK menjalankan mesyuarat bulanan ini adalah bertujuan untuk membincangkan isu-isu berbangkit disamping merancang dan penambahbaikan sesuatu program untuk masa hadapan. Mesyuarat ini juga penting supaya program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar bagi memastikan misi dan visi program tercapai.
Untuk mengukuhkan lagi institusi PRS, Majlis Tertinggi tidak alpa memainkan peranan mereka dalam menasihati dan membuat teguran kepada ahli-ahli PRS yang lain agar semua ahli PRS dapat bergerak seiring dalam merancang program-program yang bermanfaat kepada mahasiswa UMK disamping mengeratkan ukhwah sesama ahli.
Dalam masa yang sama agenda mesyuarat ini turut diteruskan dengan Perlantikan Exco Tertinggi PRS UMK Kampus Jeli antaranya seperti Exco PRS Komuniti, Exco PRS Publisiti, dan Exco PRS Latihan dan Pembangunan Insaniah.Selepas majlis perlantikan, ketua-ketua exco bersama ahli-ahlinya membuat perbincangan dan menyatakan cadangan untuk aktiviti yang bakal dijalankan.
PRS UMK kini, memandang kehadapan dengan meniti satu objektif iaitu mementingkan kualiti
Wednesday, February 26, 2014
CARE 2 (Counselling Awareness Outreaching Programme)
Program ini telah dijalankan pada 9 dan 10 Disember 2013 yang lalu bertempat di UMK Kampus Jeli.
Program CARE merupakan program berterusan terutama bagi EXCO PRS Komuniti,PRS UMK dan slot kedua,juga merupakan slot terakhir bagi tahun 2013 iaitu "INVENTORI GAYA MENGATASI KONFLIK".Inventori ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya seseorang menghadapi dan menyelesaikan sesuatu masalah seterusnya memperbaik sahsiah individu.
Alhamdulillah,program ini telah berjalan dengan jayanya serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar dan staf UMK.Pelajar-pelajar memberi respon yang baik bahawa program seperti ini dapat membantu mereka untuk lebih mengenali personaliti masing-masing.Diharapkan agar slot-slot yang akan datang bakal mendapat sambutan yang lebih hangat daripada mahasiswa/i UMK.
Lensa CARE di UMK Jeli:-
Hari Pertama
Hari Kedua
Program CARE merupakan program berterusan terutama bagi EXCO PRS Komuniti,PRS UMK dan slot kedua,juga merupakan slot terakhir bagi tahun 2013 iaitu "INVENTORI GAYA MENGATASI KONFLIK".Inventori ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya seseorang menghadapi dan menyelesaikan sesuatu masalah seterusnya memperbaik sahsiah individu.
Alhamdulillah,program ini telah berjalan dengan jayanya serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar dan staf UMK.Pelajar-pelajar memberi respon yang baik bahawa program seperti ini dapat membantu mereka untuk lebih mengenali personaliti masing-masing.Diharapkan agar slot-slot yang akan datang bakal mendapat sambutan yang lebih hangat daripada mahasiswa/i UMK.
Lensa CARE di UMK Jeli:-
Hari Pertama
Hari Kedua
Tuesday, February 25, 2014
HARI KELUARGA (family day) 2013
HARI KELUARGA (family day)
Pada 14 Disember 2013 bersamaan 10 Safar 1435
Hijrah bertempat di UMK Kampus Bachok
telah berlangsung Hari Keluarga Pembimbing Rakan Siswa (PRS) dengan jayanya.
Misi kali ini adalah untuk menyimpul kasih
hubungan persaudaraan agar lebih mesra serta mewujudkan sifat kekeluargaan pada setiap diri individu.
Dengan bertemakan ‘ Fun and Enjoy , Stay Gold ‘, PRS Kampus Jeli , Kampus
Bachok dan Kampus Kota telah digandingkan bersama-sama untuk memeriahkan program
ini.
Pelbagai aktiviti menarik sepanjang program
ini berlangsung . Program dimulakan dengan pembahagian kumpulan , dirancakkan
lagi dengan permainan mengikat kaki sambil berkain pelekat serta mengisi air ke dalam
botol secara ekstrem . Melalui program ini , gelak tawa ahli-ahli PRS dari ketiga-tiga
kampus menghidupkan lagi semangat kekeluargaan selain bersukan . Aktiviti -aktiviti ini juga dapat memberikan inspirasi kepada kami untuk berdaya saing secara sihat antara satu sama lain. Bersyukur kepada Maha Pencipta kerana izin-Nya program ini dapat berjalan dengan lancar.
Tahniah , syabas serta sekalung penghargaan kepada semua Pegawai Unit Kaunseling Kerjaya dan Alumni UMK, Pengarah Program, AJK Program, serta semua ahli PRS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang program ini dilaksanakan. Sentiasa mengingati ayat keramat dari senior yang dihormati ' Sayangi PRS serta isi-isinya ' . TOGETHER WE ARE ONE..
Subscribe to:
Posts (Atom)









