Program
Jejak Kaunseling Nusantara telah diadakan di Medan, Indonesia dengan kerjasama
anjuran oleh Majlis Kaunseling Dan Kerjaya Universiti-Universiti Malaysia
(MAKUMA) dengan kerjasama Universitas Muslim Nusantara Al Waliah, Indonesia, pada 17 - 21 Januari 2014. MAKUMA yang
ditubuhkan pada tahun 2003 telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktivit
bagi meneruskan perkhidmatan profesional dalam psikologi dan kauseling. Selain
daripada Perkhidmatan pendidikan, trauma dan psikososial MAKUMA juga mempunya kepakaran
dalam membantu secara bersepadu melibatkan fizikal, mental dan sosial agar
klien kembali normal.
Salah satu misI MAKUMA ditubuhkan
adalah bertujuan untuk menyeragamkan dan menyelaraskan dasar, kepakaran, idea,
kaedah, dan aktivti kaunseling dan kerjaya secara berperingkat-peringkat.
Disamping itu, ianya juga untuk memperkasakan perkhidmatan kaunseling dan
kerjaya kearah melahirkan graduan yang berketrampilan dan berdayasaing dalam
pasaran global. Justeru, bagi memantapkan kemahiran tersebut, kepakaran melalui
perkongsian pintar dalam, serta luar negara amat diperlukan bagi membantu bagi
meningkatkan kecemerlangan mahasiswa. Program ini diadakan bertujuan untuk
mewujudkan kerjasama antara pengamal Kaunseling Malaysia dan Indonesia,
menerapkan satu rangkaian perkhidmatan kaunseling di peringkat antarabangsa dan
berkongsi kemahiran secara bersepadu untuk memenuhi keperluan perkhidmatan
mengikut perkembangan semasa dan terkini.
Univerisiti Malaysia Kelantan (UMK)
telah menghantar dua orang wakil daripada Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS)
dan diiringi seorang pengawai psikologi iaitu Puan Masturah bt Mahmud, Pegawai
Psikologi Kampus Kota.
Kesimpulannya,
program ini sangat bagus dan bermanfaat kepada setiap peserta disamping dapat
memahami persilangan budaya. Selain itu, peserta juga yang rata-rata merupakan
pengamal ilmu kaunseling dapat mempraktikkan ilmu yang mereka ada dengan masyarakat
melalui medium seminar dan program pengabdian masyarakat. Melalui program
seperti ini juga, peserta dapat mengratkan hubungan sesama mereka dimana
rata-rata dari mereka merupakan ahli Pembimbing Rakan Siswa Kebangsaan (PRSK)
Semoga, dengan berlansung program ini dapat membuka minda pelajar dan
masyarakat tentang kepentingan kaunseling kepada setiap lapisan masyarakat.
|
Program Pengabdian Masyarakat |
|
Tempat pancung kepala pesalah di Perkampungan Batak |
|
Kaunseling kelompok bersama remaja kampung |
|
Rumah sekitar perkampungan Batak |
|
Wakil UMK,UnisZa, UMP dan UPSI |
|
Seminar Kaunseling Nusantara |
|
Kaunseling Kelompok |
|
Gambar kengan di puncak gunung Toba |