Program CARE merupakan program berterusan terutama bagi Exco PRS Komuniti,PRS UMK dan slot pertama yang dijalankan pada bulan november yang lepas ialah "INVENTORI GAYA BERCINTA" . Inventori ini dijalankan ialah untuk mengetahui gaya bercinta seseorang disamping untuk lebih mengenali personaliti diri individu tersebut.
Alhamdulillah,program ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pelajar-pelajar UMK itu sendiri disamping dapat mengeratkan hubungan antara ahli PRS dengan mahasiswa/i UMK. Pelajar-pelajar yang menyertai program tersebut turut memberi maklum balas positif bahawa program-program seperti ini dapat membantu diri mahasiswa/i agar lebih mengenali personaliti diri masing-masing. Diharapkan agar slot-slot inventori yang bakal dijalankan pada masa akan datang akan mendapat sambutan seperti mana inventori kali ini.
UMK-KAMPUS JELI
UMK-KAMPUS BACHOK