Thursday, November 27, 2014

ONE TEAM ONE SPIRIT


Pada tanggal 30,31 dan 1 Oktober 2014, telah berlangsung dengan jayanya program 1 Team 1 Spirit di Kem Paya Pahlawan Lake Resort, Jitra Kedah. Kem ini melibatkan seramai 74 orang ahli Pembimbing Rakan Siswa bersama pegawai-pegawai unit kaunseling dari setiap kampus. 

Kem 3 hari 2 malam ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat satu kumpulan, mengeratkan silaturrahim diantara ahli PRS dari setiap kampus dan membincangkan mengenai program-program yang bakal dijalankan pada semester yang akan datang.

KEM DESA PAHLAWAN,JITRA KEDAH


Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berkayak, river crossing, paintball, LDK, perbentangan dan night walk. Semua aktiviti ini menggabungkan setiap kampus. Ahli PRS dari setiap kampus digabungkan menjadi beberapa kumpulan.Ini dapat merapatkan lagi jurang diantara ahli PRS itu sendiri dan sekali gus dapat memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan yang ada. 

Kem ini berjalan dengan lancarnya apabila wujudnya kerjasama daripada setiap peserta. Selain itu, ia juga merangsang para peserta supaya berfikiran lebih terbuka dan kritis serta memupuk sikap bertoleransi diantara satu sama lain.

AKTIVITI PERBENTANGAN BAGI SETIAP EXCO MENGENAI PROGRAM YANG BAKAL DIJALANKAN


EXCO MODUL

EXCO KOMUNITI

EXCO PUBLISITI



AKTIVITI-AKTIVITI DAN LDK YANG TELAH DIJALANKAN

LDK PENGANTIN ZOMBI
(memupuk ahli PRS untuk berfikiran lebih kreatif)






AKTIVITI RIVER CROSSING,WATER CONFIDENT DAN BERKAYAK


PARA PESERTA DIDENDA