Syukur kepada hadrat illahi, pada 23 Mac
2013 yang lalu, Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UMK telah menjadi fasilitator
sempena Seminar Wanita Penggerak Transformasi negara peringkat negeri Kelantan,
anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) di dewan
Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli.Pogram ini berlangsung dari pukul 8.00 pagi
sehingga 1.00 tengah hari.Program ini diadakan dengan kerjasama Majlis
Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Universiti Malaysia
Kelantan (UMK), dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Program ini telah
dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri.Program ini telah sertai seramai 25 orang ahli PRS
UMK.
Objektif program ini diadakan untuk mengangkat
martabat wanita dalam pembangunan dan transformasi negara yang juga menjana
pendapatan negara.Program ini dijalankan bersama-sama pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), dimana mereka mengadakan rawatan optometri percuma kepada wanita-wanita yang hadir pada hari tersebut.Sebanyak 200 orang wanita bertuah yang hadir mendapatkan cermin mata percuma pada hari tersebut.Di akhir seminar ini, ahli-ahli prs diberi tugas untuk
mengadakan sesi pertukaran pendapat antara wanita-wanita yang menghadiri
seminar tersebut.Ahli-ahli PRS diberi beberapa soalan dan menerangkan soalan
tersebut kepada beberapa kumpulan wanita yang hadir.Antara soalan yang ditanya
ialah apakah yang anda faham mengenai transformasi negara.Setelah selesai sesi
ini, ahli-ahli prs diminta menyediakan laporan untuk diberi kepada pihak
penganjur.
Di penghujung seminar ini, ahli-ahli prs
yang juga fasilitator menjadi untuk program ini dapat meningkatkan dan membaiki
soft skill yang ada dalam diri setiap fasilitator.Wanita-wanita yang hadir juga
dapat meningkatkan kefahaman mereka berkenaan transformasi negara yang sedang
rancak berlaku sekarang.
Bersama pelajar Fakulti Sains Kesihatan (optometri) UKM dan PRS UMK |