Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.. Syukur alhamdulillah
dengan keizinan-Nya, Pembimbing Rakan Siswa UMK telah diberi kepercayaan dan diamanahkan
untuk memimpin Pengawas Maktab Sultan Ismail, Kelantan. Maktab Sultan Ismail atau nama ringkasnya SIC,
merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan yang terletak di Jalan Telipot. Maktab Sultan Ismail ditubuhkan sebagai Ismail English
School (IES) pada 5 Januari 1936 bersempena nama DYMM Sultan Ismail
Ibni Al Marhum Sultan Muhammad IV, Sultan yang memerintah pada masa itu.
Program Kepimpinan Pengawas
2013, Maktab Sultan Ismail dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan telah
berkampung di Darul Falah, Tanah Merah selama 3 hari 2 malam. Komitmen yang
tinggi telah diberi oleh setiap Pengawas Maktab Sultan Ismail untuk
meningkatkan dan memprbaiki kualiti diri sebagai seorang pemimpin yang
berwibawa telah dihadiri seramai 78
orang ahli Pengawas yang berdaftar pada 21 – 23hb Februari 2013.
Di samping itu, program
ini bertujuan untuk menanamkan semangat kepimpinan dimana Allah s.w.t
menciptakan manusia yang hidup di atas muka bumi-Nya ini antara salah satu
tujuan-Nya adalah untuk menjadi khalifah yang mengikut ajaran Islam dan
Al-Quran serta hadith sebagai panduan mengharungi kehidupan sebagai khalifah
teragung.
Pembimbing Rakan
Siswa UMK juga turut meletakkan semangat sikap berkeyakinan tinggi dalam diri
para Pengawas apabila melaksanakan tanggungjawab dan membuat keputusan yang
professional. Selain itu, sikap paling penting dan utama yang telah disemaikan
dalam diri setiap Pengawas SIC ialah disiplin yang mengajar diri untuk menjadi
pemimpin yang terbilang.
Pada hari terakhir
program ini, setiap Pengawas SIC yang telah diasah bakat kepimpinan mereka
telah terserlah peribadi pemimpin yang berkaliber dan serba boleh dalam segala
aspek. Kami dari Kelab PRS UMK mendoakan Pengawas SIC 2013 bakal memartabatkan
Malaysia pada suatu hari nanti dan tidak mensia-siakan peluang yang ada kerana
anda mampu menjadi pemimpin yang disegani dengan menjulang Islam di persada
dunia. AMIN.
Bertemu dan berpisah
adat kehidupan manusia, walaupun sekejap namun satu memori telahpun tercipta.
Saksikan beberapa gambar sebagai hidangan anda..
Senamrobik penuh semangat dan bertenaga
Penghulu memberikan arahan
Logo kumpulan Burung Hantu
Kelantangan bersuara memberikan pendapat
Pembentangan Logo Kumpulan
Aktiviti Kawad Kaki Asas
Aktiviti Mewujudkan Sebuah Negara yang berwawasan
Datuk PA bekas pelajar SIC
Harapan pemimpin kepada bakal pemimpin